Sunday, October 25, 2009

Flying Fox (2)

Sebelum bermulanya aktiviti Flying Fox, pensyarah kami iaitu En. Hisham memberikan sedikit penerangan dan nasihat mengenai aktiviti yang bakal kami lakukan nanti. Seperti biasa, kumpulan kami memulakan aktiviti dengan bacaan doa. Selepas itu, bermula la aktiviti kami untuk melakukan Flying Fox.

Aku berasa geli hati melihat gelagat masing2 apabila kami memulakan Flying Fox. Maklumlah, kami semua tidak pernah melakukan aktiviti ini. Apabila pensyarah kami memberitahu bahawa orang yang berbadan besar akan melakukan aktiviti Flying Fox ini terlebih dahulu, aku mula tertanya2. Kenapa pula mereka yang berbadan besar akan memulakan Fyling Fox ini? Bukannya aktiviti ini tidak kira akan fizikal seseorang itu untuk melakukan aktiviti2 seperti ini? Bukan apa, ini kerana aku dan beberapa rakan yang berbadan kecil diminta untuk bersedia melakukan aktiviti Flying Fox. Namun demikian, setelah pensyarah menjelaskan mengapa peserta yang berbadan besar diminta untuk memulakan aktiviti tersebut, barulah aku faham. Aku tersenyum. Oleh kerana ramai diantara rakan-rakanku berbadan besar dan tinggi, aku dan beberapa rakan yang berbadan kecil pula duduk sambil melihat rakan-rakan yang lain melakukan Flying Fox tersebut. Seorang demi seorang melakukan Flying Fox tersebut. Aku agak geli hati melihat gelagat masing-masing. Ada yang gelabah, ada yang tutup mata, ada yang rasa seronok, malah ada juga yang sempat menjerit sambil ketawa. Pelik betul. Tapi itu la yang terjadi. Semakin lama mereka yang berbadan besar selesai melakukan aktiviti Flying Fox tersebut, semakin berdebar pula rasa hati aku. Dari perasaan teruja, aku pula yang menjadi tidak tentu hala. Ini kerana setelah aku berada di atas bukit untuk melakukan aktiviti ini, aku tiba-tiba terbayang-bayang kemungkinan aku akan terjatuh semasa melakukan aktiviti Flying Fox nanti. Aik, macammana pula boleh terbayang sedemikian? Aduh. Oleh kerana tidak mahu berfikiran negatif, aku cuba menenangkan fikiran dengan berfikir tentang rakan2 ku yang lain yang telah selamat melakukan aktiviti Flying Fox tersebut. Malah, ada yang teringin untuk melakukan Flying Fox kali kedua. Oklah, aku nak buat juga. Tentu rasa seronok. Apabila tiba giliran aku, aku terus menuju ke arah adik2 iaitu pelajar sepenuh masa yang membantu dalam aktiviti ini. Alangkah berdebarnya rasa di hati semasa mereka membantu 'menyiapkan' diri ku untuk bersedia melakukan Flying Fox nanti. Oleh kerana badanku agak kecil, aku terpaksa 'memanjat' sehingga tali untuk aku pegang itu dapat dicapai. Setelah beberapa minit kemudian, adik2 yang melihat aku dah macam gelabah sedikit memberi kata2 semangat. Maklumlah, badanku tak 'bergerak' kerana aku bertindak memegang tali yang lain. Dah la aku terasa kaki ku tidak mencecah tanah, bertambah gemuruh la aku dibuatnya. Alahai.

"Kak, lepaskan je tali tu, kita tolong pegang dari belakang. Jangan risau. Ok punya.." kata salah seorang pelajar sepenuh masa kepada aku. Tidak mahu mengecewakan mereka dan juga diri sendiri, aku melepaskan tali tersebut. Seperti biasa, aku memberi 'signal' untuk melakukan aktiviti Flying Fox dan sebaik sahaja wisel berbunyi (tanda OK la tu), aku 'dilepaskan' lalu dengan lajunya aku 'terbang'. Yahuu, perasaan gemuruh tadi terus hilang, malah aku rasa seronok pula. Semasa tiba di penghujung, aku hampir2 terlanggar batang pokok. Lalu aku cuba mengelak dengan menggunakan kaki kanan memandangkan kaki kiri ku masih dalam keadaan sakit dan masih dalam proses pemulihan, namun apakan daya kaki kiri ku terkena juga pada batang pokok tersebut. Aku menahan kesakitan kerana tidak mahu 'memanjakan' diri. Dengan bantuan beberapa orang pelajar sepenuh masa yang lain yang telah siap sedia menunggu, aku akhirnya 'dilepaskan' dari tali tersebtu.

Ya! Akhirnya aku berjaya juga melakukan aktiviti Flying Fox tersebut. Aku tersenyum gembira walaupun kaki ku berasa sakit sedikit. Aku cukup gembira kerana dapat merasai aktiviti seumpama ini. Ini menjadi satu lagi pengalaman baru bagiku dalam dunia rekreasi. Aku gembira, malah aku teringin mengulanginya semula.


Flying Fox

24hb Oktober 2009 @ 8.10pagi

Seawal jam 8.10 pagi, aku terkejut dari tidur. Aku menjadi kelam kabut kerana terlewat bangun untuk menghadiri kelas Rekreasi di UiTM. Aku bukannya sengaja mahu bangun lewat tetapi gara2 menelan pil penahan sakit dan pil tidur semalam menyebabkan aku terlajak tidur. Tanpa membuang masa, aku terus mandi dan bersiap-sedia untuk pergi ke UiTM. Tanpa bersarapan pagi, aku hanya singgah ke sebuah restoran mamak dan membeli setin minuman milo, sebungkus roti dan sebotol air mineral. Cukup untuk aku bersarapan di dalam kereta sambil memandu.

24hb Oktober 209 @ 8.30pagi

Sebaik sahaja sampai di UiTM Shah Alam, aku terus menuju ke kawasan bangunan kolam renang kerana aku difahamkan yang kelas kami akan melakukan aktiviti Flying Fox. Ei, seronoknya. Setelah meletakkan kereta kesayanganku di tempat letak kenderaan, aku mencari tempat di mana Flying Fox itu dibuat. Aku menjadi keliru. Dimana pula mereka semua buat Flying Fox tu?? Aku cuba menghubungi hampir kesemua rakan2 sekelas ku namun hampa kerana tiada seorang pun yang menjawab panggilanku. Kemana mereka semua??

Tidak lama kemudian, aku terlihat kereta Kancil milik rakanku tiba. Syukur, beliau datang tepat pada masanya. Boleh la aku pergi ke tempat Flying Fox bersamanya. Aku menunggunya keluar dari kereta dan kami kemudian berjalan bersama-sama menuju ke tempat Flying Fox. La, tak perasan pula aku ada jalan kecil menuju ke belakang bangunan kolam renang tu. Sebaik sahaja sampai di destinasi, kelihatan rakan2 sekelas ku, para pelajar sepenuh masa dan juga seorang pelajar e-PJJ beserta dengan pensyarah sedang berusaha mengikat tali di pokok untuk tujuan aktiviti Flying Fox. Seronok pula rasanya melihat tali2 tersebut walaupun perasaan gemuruh tu ada. Setelah berhempas pulas, akhirnya Flying Fox tersebut berjaya dibuat dengan baik. Hanya tunggu untuk melakukan aktiviti Flying Fox dan me'rasai' pengalaman bagaimana betul2 'terbang' (Flying). Tak sabar rasanya nak mencuba.

(Sambung..)

Monday, October 19, 2009

Nombor Tuah Yang Tidak Bertuah

13hb-15hb Oktober 2009
PERTANDINGAN OLAHRAGA DAN TARIK TALI PIALA KP SELANGOR 2009.

Setelah begitu sekian lama aku meninggalkan sukan olahraga hampir 18 tahun, aku mengambil keputusan untuk bergiat aktif semula dalam sukan tersebut. Itupun setelah seorang rakan sekerja aku bertanyakan kepadaku samada aku berminat untuk mewakili IPD dalam acara olahraga. Setelah berfikir beberapa seketika, aku bersetuju menyertai olahraga dalam acara 100m dan 4x100m. Hanya untuk suka2 dan mahu melepaskan rasa tekanan.

Namun demikian, aku tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan latihan. Acara bermula pada 13hb Oktober 2009 sedangkan aku dimaklumkan seminggu sebelum pertandingan bermula. Sempatkah aku melakukan latihan? Melihat kepada jadualku yang padat, aku sememangnya tidak mempunyai ruang masa yang cukup untuk melakukan latihan. Aku berserah sahaja kepada Tuhan. Kalah menang perkara biasa. Itu yang bermain di fikiranku.

13hb-14hb Oktober 2009, pertandingan bermula dengan acara tarik tali. Oleh kerana acara olahraga hanya berlangsung pada 15hb Oktober 2009, aku masih tidak melakukan apa2 persiapan untuk acara yang akan aku sertai nanti, kecuali membeli kasut spike bernilai RM89.90 dan sehelai seluar sukan tight bernilai RM117/-. Pergh! Mengalahkan ahli sukan la pula. Bukan sengaja nak beli mahal tapi dah malas nak berjalan jauh mencari merata-rata tempat. Beli je apa yang ada di depan mata. 'Menangis' gak hati ni nak keluarkan duit semata2 nak membeli hanya sepasang kasut dan sehelai seluar tight je. Sukan punya pasal. hari yang ditunggu-tunggukan telah tiba, 15hb Oktober 2009 tarikh bersejarah bagiku kerana akan melakukan larian 100m dan 4x100m yang telah sekian lama ditinggalkan dan tanpa sebarang latihan. Aku diberikan nombor 111. "Nombor bertuah tu", kata beberapa orang kepadaku. Aku hanya tersenyum. Apa yang bertuahnya? Bukannya aku ada latihan pun. Takpe la.

'Ke garisan, mula..' BANG!! Bunyi tembakan dilepaskan. Seramai lapan orang peserta termasuk aku terus lari menuju ke depan. Aku dan salah seorang pelari bersaing sesama sendiri bagi merebutkan tempat pertama, manakala yang lain jauh ketinggalan di belakang. Alahai..namun, sebaik menghampiri di garisan penamat, aku tiba-tiba terjatuh dan tergolek. Aduh! Sakit bukan main. Aku cuba berdiri tetapi kaki ku terasa amat sakit lalu aku melihat lututku rupa-rupanya telah terluka dan berdarah. Lalu aku biarkan sahaja para pelari yang lain menamatkan larian mereka. Dengan bantuan beberapa anggota pertahanan awam, aku dipapah dan dirawat. Aku agak bengang apabila beberapa orang datang ke arahku dan bertanya kenapa tak merangkak untuk sampai ke garisan penamat. Aku dah la kesakitan, itu pula yang ditanya. Rasa macam nak lempang je. Aku diam sambil menahan kesakitan. Tidak kurang juga ada yang datang untuk bertanyakan bagaimana keadaan aku. Terima kasih, ada juga yang ambil berat.

Rupa2nya pingat yang ku dapat 'terlekat' di lutut. Apa taknya, luka sebesar pingat dan darah mengalir keluar. Geram dan terkilan, bukan kerana kalah tetapi saat kemenangan itu hilang begitu sahaja gara2 terjatuh dan tergolek betul2 di depan garisan penamat. Nampak gayanya nombor bertuah aku itu tidak membawa tuah kepadaku. Takpe la, aku menganggap ini sebagai pengalaman yang tidak akan aku lupakan. Hidup Sukan!!

Monday, October 12, 2009

Terkilan

10hb Oktober 2009

Tiba-tiba kepalaku pening dan berdenyut-denyut..tengkuk terasa sejuk, dadaku kejap sakit kejap ok..nota dan tali yang ku pegang terjatuh dari tanganku. 'Alamak, kena serang lagi', aku berkata dalam hati. Lalu, aku terus baring sambil mengurut dahi. Beberapa minit kemudian, aku cuba bangun semula dan bertenang, sebelum bersiap ala kadar untuk terus ke hospital. Sampai di hospital, aku terus menuju ke kaunter pendaftaran dan mendaftarkan diri. Nasib baik ramai jururawat dan M.A hospital kenal aku, dapat juga aku terus masuk ke wad kecemasan. Belum sempat duduk untuk pemeriksaan tekanan darah, aku terjatuh tetapi sempat disambut dan dipapah oleh (2) orang jururawat disana. Tanpa membuang masa, mereka terus memeriksa tekanan darahku. Aduh! Tingginya..dalam keadaan pening aku sempat tepuk dahi. Aku naik geram..bukan apa, tekanan darah naik semula dan tiba2 aku menjadi bengang. Melihat aku yang dalam keadaan bengang, jururawat tersebut menenangkan aku. 'Nanti tekanan makin naik, u kena relax k' , katanya kepadaku. Aku bukan apa, pagi nanti ada kelas dan ujian tali dengan En. Hisyam. Sebab tu la aku risau. Harap2 la aku dapat keluar dari hospital dengan kadar segera.

Selepas pemeriksaan tekanan darah, aku diminta menunggu pegawai perubatan di wad zon kuning. Tidak lama kemudian, seorang doktor yang tidak aku kenali (baru agaknya) datang kearah ku terus bertanyakan khabar dan memeriksa keadaan diriku. Beliau agak terkejut apabila melihat rekod yang tertulis lalu bertanyakan bertanyakan apa yang menyebabkan tekanan darahku tinggi (tak padan dengan umur dan bentuk badanku yang kecil). Adakah aku stress, salah makan atau bagaimana? Aku cuba berfikir..Ya, aku stress tapi salah makan?? Tak mungkin, tapi setelah cuba mengingati kembali, barulah aku teringat yang aku ada makan makanan yang sepatutnya aku pantang..tapi aku makan tak banyak, takkan la itu salah satu puncanya, tak mungkin. Doktor tersebut bertanya lagi, berapa banyak yang aku makan, atau mungkin aku tidak menyedari aku terlebih makan? Mungkin juga, mungkin tidak.Entah la.aku tak tahu. Melihat aku banyak mendiamkan diri, tiba-tiba beliau bersuara dan bertanya, apa yang aku fikirkan? Apa yang membuatkan aku stress? Aku tergamam. Aku tidak dapat menjawab soalannya itu. Setelah lama mendiamkan diri, aku akui selain tidak berpantang (bukan sengaja), aku terlalu banyak memikirkan tentang keluargaku, kerjayaku dan terutamanya pelajaranku. Aku banyak bersedih semenjak Semester 5 lagi. Banyak peristiwa yang berlaku pada masa tu. Mungkin rakan2 melihatku senyum ketawa tapi di dalam hati, tiada siapa yang tahu. Salah satu masalah / peristiwa yang terpaksa aku hadapi ialah aku kehilangan orang tersayang taktala menghadapi peperiksaan pada masa tu, masalah tugas, pelajaran dan macam2 lagi. Namun, sehingga kini aku cuba untuk menghadapinya semua. Rakan2 ramai memberikan sokongan, nasihat dan dorongan. Terima kasih semua. Setelah doktor memberi nasihat dan sedikit motivasi kepadaku, aku menjadi tenang sedikit. Dan atas permintaanku, beliau setuju untuk tidak memasukkan 'drip' ke dalam diriku. Sebaliknya beliau memberikan ubat termasuk ubat penenang (ubat tidur) dan menyuruh aku berehat. Selang beberapa minit sahaja, aku terus Zzzzzzz...

Tepat jam 9.00 pagi, aku terjaga dari tidur. Itupun kerana menyedari ada orang memegang tanganku. Doktor tadi bersama-sama seorang jururawat berada di sebelah katil ku. Mereka bertanyakan samada aku OK atau tidak. Aku hanya angguk kepala. Sekali lagi tekanan darahku diambil dan dapati bacaan tekanan tersebut telah turun. Aku terus meminta izin untuk balik ke rumah kerana mahu ke kelas untuk menghadiri ujian. Hampa! Sungguh hampa..doktor tak izinkan aku keluar. Belum tiba masanya lagi, katanya. Aku tarik muka masam. Dia pula buat muka selamba..aduh. Setelah menunggu sekian lama, seorang doktor lain pula yang datang. Beliau datang sambil senyum. 'Gila apa pula doktor ni tersengih??', aku berkata di dalam hati. Setelah diamati, rupa2nya bekas rakan sekolah ku. La..bila masa pula mamat ni jadi doktor? Setelah memeriksa aku, beliau berbual2 sekejap denganku. Sempat juga aku bertanyakan dimanakah doktor yang mula2 memeriksa aku tadi. Dengan selambanya beliau memberitahu doktor tersebut sudah balik kerana tamat syif. Pula dah..tak apa la. Jadi aku ni macammana?? Sekali lagi aku diminta untuk tunggu. Boringnya..

Menjelang tengahari, barulah aku dapat menarik nafas lega. Aku dibenarkan keluar. Namun, aku tetap bersedih dan terkilan kerana tidak dapat menghadiri ujian dan kelas En. Hisyam. Aku hanya menghadiri kelas En. Ali yang diadakan di sebelah petang walaupun aku dinasihatkan untuk berehat secukupnya di rumah. Tak boleh, aku nak datang kelas juga. Walau apapun, aku tetap terkilan kerana hanya menghadiri (1) kelas sahaja. Terkilan..cukup terkilan..

Sunday, October 11, 2009

Orienteering di Bukit Cerakah ( terakhir )

30hb September 2009

Setelah penat berjalan, akhirnya aku dan Atoy telah sampai di check point yang terakhir (check point ke-10). Jenuh juga mencari check point tersebut namun oleh kerana mahu mengakhirinya secepat mungkin, kami berjaya juga menemui check point tersebut. Puas, cukup puas..walaupun keletihan dan kehausan, kami tersenyum puas. Namun demikian, ianya belum berakhir kerana kami perlu meneruskan perjalanan kembali semula ke tempat mula2 kami memulakan orienteering. Lalu tanpa membuang masa dan berpandukan peta taman tersebut, kami menyedari ada jalan singkat untuk sampai ke destinasi lalu kami pun berjalan mengikut jalan tersebut sampai la ke jalan utama semula. Kami mencari lagi dan kali ini kami meneruskan perjalanan mengikut jalan singkat yang ditunjukkan oleh seorang pakcik yang sedang bekerja membersihkan taman.

Tanpa membuang masa, kami pun mengikuti jalan yang ditunjukkan itu. Semasa dalam perjalanan, kami ternampak banyak kulit durian diatas tanah. Siapa pula yang memakan durian dan tidak membuang kulit tersebut ke dalam tong sampah?? Lalu kami berjalan lagi dan kami terkejut kerana terdapat seekor beruk yang besar sedang memegang durian sambil merenung kearah kami. Tanpa membuang masa, kami mengambil sebatang kayu sebagai langkah berjaga2. Maklumlah, kut2 beruk tu tiba2 naik angin atau menyangka kami nak berebut durian dengannya, tentu sekali kami diserang nanti. Namun, kami menarik nafas lega apabila beruk tersebut melarikan diri sebaik sahaja menyedari kami semakin dekat. Kami tetap berhati2 kerana bimbang jika dibaling durian oleh beruk tersebut ataupun buah durian tiba2 jatuh dari pokok kerana kawasan tersebut penuh dengan pokok durian. Setelah melalui kawasan tersebut, akhirnya kami sampai di destinasi dan disambut oleh rakan2 yang lain dengan tepukan dan sorak sorai. kami berdua hanya tersenyum.

Walaupun agak penat ketika itu, aku berasa amat berpuas hati kerana berpeluang mengikuti orienteering ini. Aku amat berterima kasih dan bersyukur kerana rakan2 seperjuangan, para pelajar full-time FSR serta pensyarah memahami dan membantu aku samada secara tidak langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya pengalaman ini tidak mungkin aku dapat lupakan buat selama-lamanya.

Saturday, October 10, 2009

Orienteering di Bukit Cerakah (sambung...)

30hb September 2009

Setelah semuanya telah bersiap-sedia, para peserta orienteering PLK-PDRM 'dilepaskan' seorang demi seorang. Aku merupakan peserta yang paling terakhir selepas Atoy (Shariffah). Maklumlah, kami berdua la orang yang terakhir sampai untuk menghadiri orienteering dan kami juga la orang terakhir 'dilepaskan'. Selepas 'mencari' jalan melalui peta yang diberikan oleh pensyarah, saya dan Atoy memulakan perjalanan. Pada mulanya kami berjalan berasingan, namun Atoy mengambil keputusan mahu berjalan denganku. Walaupun masih terkial-kial namun aku agak keberatan kerana orienteering ini memerlukan kami berjalan seorang diri. Aku ingin mencuba sendiri tetapi Atoy memberitahu kepadaku bahawa beliau risau jika terjadi apa2 terhadap diri aku. Apabila aku teringat semula kata2 pensyarah memberitahu aku supaya menghubunginya jika aku menghadapi masalah atau tidak dapat meneruskan perjalanan semasa orienteering nanti. Aku faham maksudnya itu kerana bimbangkan keselamatan dan kesihatan aku. Aku kemudian mengambil keputusan untuk berjalan bersama-sama dengan Atoy, namun demikian kami cuba untuk menggunakan kompas dan peta yang diberikan sebagai panduan.

Aku dan Atoy meneruskan perjalanan sambil berbual2 kerana mahu menghilangkan rasa penat. Adakalanya kami akan berhenti seketika dan cuba untuk melihat keadaan sekeliling. Sampai di check point ke-3 (kalau tidak silap aku), aku menyedari kad orienteering aku telah tiada dari peganganku. Aku tiba2 menjadi risau dan aku berpatah balik sambil melihat diatas jalan kalau2 terjumpa kad tersebut. Syukur kerana akhirnya aku terjumpa juga kad tersebut yang telah tercicir tidak jauh dari check point tersebut. Setelah mendapatkannya kembali, aku bergegas balik semula ke Atoy dan kami meneruskan perjalanan.

Setelah jauh berjalan dan semasa mahu menuju ke kawasan taman orkid untuk mencari point seterusnya, kami terserempak dengan rakan2 yang lain yang telah mendahului kami. Mereka tersenyum walaupun nampak agak penat. Apa tidaknya, kami berjalan kaki mencari 10 check point dan tak sangka pula kesemua check point tersebut agak jauh diantara satu sama lain. Semasa dalam perjalanan menuju ke taman orkid, aku mula kepeningan dan keletihan. Aku beberapa kali berhenti dan duduk di atas jalan kerana terlalu pening pada masa tu. Atoy yang sentiasa berada di sisi aku mula risau dan bertanya samada aku OK atau KO. Pada mulanya, aku mahu berhenti terus dan menghubungi pensyarah supaya meminta sesiapa datang menjemput aku (Atoy pun boleh la tumpang balik nanti) tetapi apabila memikirkan yang aku mahu menghabiskan orienteering ini walaupun lambat atau menjadi orang terakhir sampai, aku membatalkan niatku itu dan meneruskan perjalanan bersama Atoy. Sepanjang perjalanan kami, aku terpaksa berhenti beberapa kali kerana pening dan letih. Melihat keadaan Atoy yang berulang kali menanyakan samda aku OK atau tidak dan terpaksa pula berhenti beberapa kali kerana menunggu aku, aku menjadi serba salah lalu aku cakap aku OK ja dan mahu meneruskan perjalanan. Kami kemudian meneruskan perjalanan tanpa memikirkan soal penat dan hanya terus mencari jalan dan point seterusnya...

(Sambung lagi...)

Tuesday, October 6, 2009

Orienteering di Bukit Cerakah

30hb September 2009

Tit tit..tit tit..tit tit..tit tit..alarm jamku berbunyi, lalu aku bangun dalam keadaan yang lemah dan masih mengantuk kerana terpaksa bekerja lebih masa. Jam menunjukkan 6.30pagi, namun oleh kerana masih dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat, aku mengunci alarm jam sekali lagi sebelum menyambung tidur semula..kroohh..kroohh..kroohh..

Jam 8.30pagi, aku secara automatik tersedar dari tidur. Mengapa alarm tak berbunyi semula sedangkan aku telah mengunci semula untuk bangun pada jam 7.00pagi? Aduh, nampak sangat kepenatan aku ini terserlah. Walaupun masih dalam keadaan mengantuk dan tidak mahu membuang masa, aku terus masuk ke bilik mandi bagi menyegarkan badan. Hari ini aku bersama-sama kawan-kawan SR113 PLK-PDRM perlu menghadiri orienteering yang akan diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Selesai mandi dan menyiapkan diri, aku hanya minum segelas air kosong sebelum bertolak ke Bukit Cerakah, Shah Alam. Aku memandu m/kar kesayanganku menuju ke destinasi. Aduhai, kenapa la aku masih dalam keadaan mengantuk ini? Oleh kerana tidak tahan mengantuk, aku telah singgah ke sebuah stesen minyak di Shah Alam bukan untuk mengisi minyak petrol, tetapi aku perlukan sesuatu untuk mengelakkan diri aku daripada mengantuk. Pada mulanya aku tidak mahu membeli minuman tersebut kerana teringatkan keadaan kesihatan aku yang baru mahu beransur pulih tetapi oleh kerana kelopak mataku yang degil mahu 'tutup'kembali, aku beli juga 2 tin minuman nescafe dan sebotol air mineral. Aku kemudian minum air nescafe tersebut dan dalam beberapa saat, aku tidak lagi berasa mengantuk, namun kepala aku pula yang mula sakit dan berdenyut-denyut. Aduhai, nak 'segar' punya pasal, kepala pula yang sakit.

Sebaik sahaja sampai di Bukit Cerakah, Shah Alam, aku ternampak (2) orang pelajar full-time degree yang sedang duduk sambil melambai kearah ku. Selepas meletakkan m/kar aku, aku terus menuju ke arah mereka dan barulah aku sedar yang mereka sebenarnya sedang menunggu kedatangan kakak-kakak dan abang-abang PLK-PDRM yang lambat untuk dibawa masuk ke dalam kawasan Bukit Cerakah dimana program orienteering akan dilakukan.

Setelah menunggu beberapa ketika, kami kemudian berjalan kaki bersama-sama dan masuk ke dalam kawasan tersebut sehinggalah ke tempat para pelajar PLK-PDRM, full-time student dan pensyarah sedang menunggu dan berkumpul. Sampai disana, tanpa membuang masa aku terus berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Selang beberapa minit kemudian, Atoy (Shariffah) pula muncul. Nampaknya kami berdua adalah orang yang paling lambat datang dan kami juga la orang yang terakhir membuat orienteering nanti. Sebelum bermula, kami membuat sedikit senaman dan mengulangkaji semula bagaimana menggunakan kompas. Sakit kepala tetapi aku masih mampu tersenyum. Tidak sabar rasanya mahu melakukan orienteering dan mendapatkan pengalaman ini..

(Sambung...)

Kesabaran Yang Teruji

"Kamu dikehendaki menyelia anggota2 bawahan yang diberikan kepada kamu sepanjang tempoh bertugas pada Hari Raya pertama sehingga Hari Raya ketiga..", begitulah kata2 pegawai atasan yang memberi arahan kepada ku baru2 ini..

Seperti biasa, setiap tahun aku akan bertugas setiap kali menjelangnya Hari Raya. Cuma kali ini, aku diberi tanggungjawab untuk menyelia anggota2 'junior'. Maklumlah, kali ini juga ramai yang bercuti raya dan balik ke kampung halaman masing2. Pada mulanya, aku dapat menyelia dan memantau pergerakan anggoata2 dibawah seliaan aku. Aku tersenyum puas walaupun rasa penat sedikit kerana tidak cukup tidur. Maklumlah, ada kalanya telefon bimbit ku berdering dihubungi oleh pegawai untuk tugasan. Tidak kurang juga anggota2 yang mahu memaklumkan pergerakan mereka kepada ku. Dan deringan telefon membuatkan aku tidak dapat tidur lena kerana mengenangkan tugasan yang perlu dilaksanakan. Nasib baik juga la mereka ini mendengar arahan walaupun pangkat ku tidak la setinggi mana. Sekurang-kurangnya, aku dihormati sebagai penyelia mereka. Maklumlah, penyelia sporting..

Namun demikian, masuk hari ketiga tiba-tiba aku mendapat tahu daripada salah seorang daripada mereka telah tidak hadir tugas. Dan aku menjadi mangsa apabila ditanya oleh pihak atasan dimanakah anggota ini berada. Tanpa membuang masa, aku berusaha mencarinya sehari suntuk dan akhirnya aku mendapat tahu dia berada di Kuala Lumpur. Aku bengang lalu cuba menghubunginya beberapa kali tetapi panggilan tidak dijawab. Malah, beliau bertindak mematikan telefon bimbitnya itu dan tindakannya menyebabkan aku naik berang. Pada malam itu, aku dipanggil oleh pegawai ku dan bertanyakan tentang anggota tersebut. Aku tidak dapat memberikan penjelasan yang baik lalu aku berterus-terang kepadanya dan ingatkan hanya diberi nasihat atau teguran. Alangkah sakitnya hati gara2 perangai budak 'sekor' ni, aku dimarahi. Aku kemudian cuba menghubungi anggota berkenaan dengan harapan panggilan telefonku dijawab namun hampa. Lalu aku menyampaikan pesanan kepada rakan2 serumahnya supaya menghubungi dan berjumpa denganku dalam kadar segera.

Setelah beberapa jam menunggu dan tepat jam 3.30 pagi (keesokkan pagi), aku masih lagi bertugas ketika itu dan sedang menyiapkan laporan apabila anggota tersebut datang berjumpa denganku sambil tersengih-sengih. Berang melihat gelagatnya itu, aku terus membebel dan memarahinya kerana terlalu bengang. Terkejut dengan tindakan ku, beliau mula menggigil dan berulang kali meminta maaf kerana aku memberitahunya yang aku dikehendaki memberikannya 'surat cinta' untuk dijawab. Setelah hampir 30 minit beliau enggan berganjak dari mejaku kerana asyik memujuk untuk tidak mengambil sebarang tindakan keatasnya. Aku bertegas dan menyuruhnya supaya datang semula pada jam 8.00 pagi nanti. Beliau kemudian balik dalam keadaan muka yang pucat dan hampa. Aku bukan tidak mahu memberi peluang atau mahu menganiayai sesiapa, cuma aku menjalankan tugas aku sebagai seorang penyelia. Sebenarnya peluang telahpun diberikan, namun ia disia-siakan. Maka, salahkah aku bertegas dalam keadaan dan masa-masa tertentu?

Wednesday, September 23, 2009

Orienteering

12hb Sept 2009

Pembelajaran orienteering bermula. Pensyarah yang dikasihi mengajar kami tentang apa itu orienteering dan bagaimana hendak menggunakan kompas. Maklumlah, kami bukannya tahu sangat bab penggunaan kompas ni. Contohnya seperti aku..dah la terlajak ke UiTM Shah Alam..akhirnya sedikit masa aku telah terbuang begitu sahaja. Masuk je dalam kelas di Maktab PDRM, Cheras..rakan2 sekelas dan pensyarah tersenyum. Takpe la..yang penting sampai.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam kelas orienteering, tanpa membuang masa aku terus mengambil tempat duduk dan mendengar taklimat dan pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah. pada mulanya, aku agak keliru kerana tidak tahu menggunakan kompas yang diberikan oleh pensyarah. Bukan aku sahaja, malah rakan2 lain pun begitu juga. Namun, kami cuba untuk belajar dan memahami tentang konsep dan penggunaan kompas tersebut. Bermula dari membuat orienteering diatas meja, satu persatu kami diajar sehinggalah kami dapat memahami tentang penggunaan kompas dan orienteering. Pada mulanya, aku seperti bosan kerana tidak memahami bagaimana menggunakan kompas tersebut tetapi berkat tunjuk ajar oleh rakan2 lain yang telahpun memahami penggunaannya dan juga tunjuk ajar yang berulang-ulang oleh pensyarah, akhirnya aku dapat mempelajari cara2 penggunaan kompas dan orienteering tersebut. Rasa seronok la pula..

Selepas kami mempelajari mengenai orienteering dan penggunaan kompas tersebut, kami membuat orienteering pula di kawasan maktab PDRM. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan asal semasa di Pulau Kapas, Terengganu baru2 ini. Sebaik sahaja bermula, kumpulan aku yang terdiri daripada Kak Zarina dan Wan memulakan orienteering. Begitu juga dengan kumpulan2 yang lain. Selesai sahaja, kami berkumpul semula dan kami diminta untuk mencari 'jalan' dan orienteering dari kumpulan yang lain, begitu juga mereka. Apa lagi, tanpa membuang masa kami bertiga berlari-lari anak mencari orienteering. Berkat usaha dan kesungguhan kami, kami berjaya menamatkan orienteering dalam tempoh 25 minit. Malah, kami menjadi kumpulan yang pertama berjaya menamatkan oreinteering tersebut. Walaupun penat sedikit, tetapi kami berpuas hati. Ada kumpulan yang lain juga berjaya menamatkan pencarian mereka, ada juga satu kumpulan tersebut tidak berjaya kerana kesilapan teknikal yang dilakukan oleh kumpulan yang lain. Namun demikian, secara keseluruhan kumpulan dapat melakukan oreinteering dan sekurang-kurangnya memperolehi ilmu. Aku gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru. Aku percaya begitu juga rakan2 yang lain. Apa yang penting, kami memperolehi pengalaman baru. Aku tidak sabar lagi untuk melakukan orienteering dan berharap sangat agar dapat mempelajarinya secara meluas dan mendalam lagi..

Tuesday, September 8, 2009

05hb Sept 2009 @ 1030Hrs

Masa berlalu dengan pantas, seorang demi seorang rakan ku melakukan abseiling. Ada yang macam tak sabar nak turun, ada yang macam dah hilang akal (senyum sorang2), ada yang berpeluh tiba-tiba walaupun cuaca masa tu tak la begitu panas..macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Setiap kali mereka melakukan abseiling, aku akan cuba untuk melihat macammana keadaan mereka. Aisyehman..ada yang 'steady' semasa turun walaupun pada awalnya nampak kekok. Ada pula yang 'terhuyug-hayang' dan terpaksa berhenti selang beberapa minit. Melihat keadaan mereka, aku menjadi gelisah kerana memikirkan bagaimana keadaan aku semasa melakukan abseiling nanti.

Tidak lama selepas itu, tibalah giliran aku melakukan abseiling. pada mulanya rasa kecut perut semasa memakai alat-alat keselamatan dan tali pula diikat dikeliling pinggangku. Terus-terang aku katakan yang aku agak gementar kerana inilah kali pertama aku melakukan abseiling. Aku cuba menenangkan fikiran dengan tidak memikirkan perkara-perkara negatif. Sesekali aku cuba membuat lawak dengan rakan-rakanku. Sebaik sahaja memanjat ke luar dan bersedia untuk melakukan abseiling, aku cuba untuk bertenang dan sempat berdoa agar aku mendapat kekuatan semasa melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini. Sebaik sahaja melaporkan kepada rakan-rakan di tingkat bawah yang sedia menunggu aku, aku menarik nafas dan aku pun memulakan aktiviti abseiling dengan perlahan-lahan. Pada mulanya, aku agak kaku sedikit semasa mahu turun tetapi lama-kelamaan aku rasa seronok dan rasa gementar hilang sedikit demi sedikit. Namun, apabila aku sampai ke satu tahap, kedudukan aku mula goyah ke kiri dan ke kanan. Sekali lagi aku terkejut dan mula risau semula. Aku cuba untuk bertenang dan pada masa yang sama, kedengaran suara adik-adik pelajar full-time FSR serta pensyarah dan juga yang lain-lain memberikan semangat dan tunjuk ajar. Melihat kesungguhan mereka dalam memastikan keselamatan aku dan membantu aku, aku nekad untuk terus turun walaupun secara perlahan-lahan.

Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah, aku disambut oleh rakan-rakan yang telah sedia menunggu aku. Tanpa segan silu, aku terus duduk di lantai kerana rasa seperti 'penat'. Namun demikian, aku tersenyum puas kerana berjaya melakukan abseiling buat kali pertama. Setelah berjaya melakukan aktiviti abseiling ini, aku berasa seperti mahu melakukannya sekali lagi tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana aku sakit kepala, tetapi aku saja2 buat bodoh seolah-olah sihat dan tidak mengendahkannya. Ye la, kalau aku ikutkan rasa sakit kepala aku, tak berpeluang la aku nak melakukan abseiling ni. Tentu rasa rugi..

Sesungguhnya pengalaman abseiling ini tidak akan aku lupakan buat selamanya dan terus-terang aku katakan yang aku sudah mula minat dalam aktiviti seperti ini. Tentunya membawa keseronokan dan kepuasan diri. Aku tidak mahu kelemahan menjadi penghalang untuk aku melakukan aktiviti lasak dan ekstrem seperti ini.

Saturday, September 5, 2009

Tingginya bangunan...

05hb Sept 2009 @ 0800hrs

Mak ai!! Tingginya bangunan..aktiviti abseiling bermula seawal jam 8.00pagi sedangkan aku telah sampai di UiTM awal sebelum itu. Apa tidaknya, aku tidak dapat tidur gara-gara asyik teringat tentang aktiviti abseiling ini. Semua pelajar PLK-PDRM termasuk dua pelajar ePJJ turut serta dalam menjayakan aktiviti ini. Kami dikehendaki melakukan abseiling dari tingkat 11 bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam. Sebaik sahaja tiba diatas, beberapa orang pelajar full-time FSSR juga berada di tingkat 11. Mereka ini datang sebagai pembantu pensyarah bagi melakukan aktiviti abseiling tersebut. Sempat juga la aku dan kawan-kawan menjenguk ke bawah dan...GLUPP!! Tingginya nak buat abseiling ni, kata aku di dalam hati. Melihat riak wajah masing-masing, ternyata ramai diantara kami juga agak gementar. Maklumlah, ini kali pertama kami melakukan abseiling.

Sebelum meneruskan abseiling tersebut, pensyarah kami yang dikasihi iaitu En. Hisham memberi taklimat mengenai peralatan-peralatan yang akan digunakan semasa melakukan aktiviti tersebut. Para pelajar full-time juga kelihatan sibuk menyiapkan peralatan-peralatan yang lain terutamanya tali-tali untuk digunakan nanti. Selepas itu, kami melakukan senaman strecthing sebelum memulakan abseiling. Pada masa itu, aku berfikir macammana la nak turun nanti. Dapat kah aku melakukannya? Macam-macam persoalan bermain di fikiran aku pada masa itu. Seram sejuk, sakit kepala tiba-tiba..semua ada. Apabila melihat salah seorang pelajar full-time membuat demo abseiling, kami ramai-ramai terus melihat cara-cara beliau melakukan abseiling tersebut. Pada masa itu, aku agak tergamam seketika melihat pelajar sekecil itu dengan selambanya memanjat besi dan terus berada di tengah-tengah 'badan' bangunan, bersedia untuk turun. Malah beliau sempat senyum sebelum meneruskan aktiviti extrem ini. Pada mulanya aku agak seronok melihatnya melakukan abseiling tanpa sebarang masalah tetapi di saat beliau mula 'bergoyang' ke kiri dan ke kanan, membuatkan aku tergamam lagi.' Alamak, habislah kali ini. Ni confirm aku lagi teruk nanti.' kataku dalam hati. Mana kan tidak, aku pun badan kecil juga. Tentu aku juga akan bergoyang jauh lagi teruk darinya kerana aku tidak mempunyai sebarang pengalaman! Alahai, habis la..habis la..

Melihat rakan-rakanku turun seorang demi seorang, aku pula mengambil masa untuk menenangkan fikiran. Bukan apa, aku terkejut dan melihat keadaan dan reaksi mereka yang pelbagai membuatkan aku berfikir..adakah aku akan selamat?? Walaupun pensyarah telah meyakinkan kami bahawa aktiviti abseiling ini selamat dilakukan kerana dipantau dan dibantu oleh para pelajar full-time yang berpengalaman, tetapi aku tetap tidak senang duduk. Aku tidak pernah berkeadaan sebegini walaupun pada waktu kecil dulu, aku begitu aktif dan lasak bermain panjat-panjat pokok dengan sepupu-sepupu lelaki. Aku melihat setiap wajah rakan-rakan ku, rata-rata kami telah menunjukkan perasaan gemuruh kami kepada pensyarah dan para pelajar full-time yang lain. Ye la, tengok muka mereka pun dah tersenyum-senyum melihat gelagat kami, lebih-lebih lagi rakan kami Mala lagi gemuruh. Apa lagi, macam-macam perangai dia buat termasuk la lawak bodoh..saja nak menceriakan suasana. Aku faham perasaan tu..hehehe..Alahai, bila la tiba giliran aku ni..

(bersambung...)

Tak Keruan...

Tidur tak lena, makan banyak, baca nota tak masuk kepala, tengok tv hati tak senang. Itulah yang terjadi pada diri ku pada pagi ini. Bayangkan la sehingga jarum jam menunjukkan 5.30 pagi, aku masih gagal melelapkan mata. Minum air milo berulang kali pun mata ku tetap segar. Apa taknya, asyik teringat pasal abseiling..hahaha..

Oleh kerana aku tidak dapat tidur, aku melayari internet dan mencari maklumat lanjut mengenai abseiling. Dalam kekhusyukan aku membaca artikel mengenai abseiling, sesekali aku rasa sudah tidak sabar mahu melakukannya..dan sesekali aku menjadi tiba-tiba seram kerana tahap keselamatan abseiling. Bukan mahu mempertikaikannya, tetapi macam-macam yang telah aku bayangkan. Apakah perasaan nanti semasa melakukan aktiviti abseiling ini nanti?? Apakah yang akan terjadi? Selamat kah aku? Boleh kah aku melakukannya??...Aduh, macam-macam persoalan yang timbul. Semakin aku memikirkan dari sudut positif, aku pasti akan tersenyum tetapi apabila aku memikirkan dari sudut negatif, aku mula susah hati. Aduh, apa nak buat ni?? Sehingga jam menunjukkan 6.30pagi, aku masih lagi tidak tidur tetapi sudah ada tanda-tanda mengantuk pula. Aisey, mana boleh tidur? Kan kena pergi abseiling..Alamak!! Masanya telah tiba..lalu aku terus pergi mandi untuk menyegarkan badan. Selepas bersiap, aku melangkah keluar dari rumah dan menuju ke sebuah kedai restoran mamak yang terletak tidak jauh dari rumahku untuk bersarapan pagi. Tepat jam 7.30pagi, aku telahpun berada di UiTM dan sempat melelapkan mata untuk seketika. Tidak lama selepas itu, aku bersama-sama dengan rakan-rakan PLK-PDRM yang telah berkumpul bersama menuju ke tingkat 11 bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam untuk memulakan pengalaman kami dalam dunia abseiling! Alahai..

Wednesday, September 2, 2009

Hari yang 'panas'

Rasa nak lempang je...!!!

Kenapa la nasib aku begini?? dapat kawan yang tak kenang budi..!! Waktu susah mencari, siap merayu minta bantuan sampaikan air mata mengalir keluar. Buat perangai tak ingat dunia tapi bila susah mula gelabah tak tentu arah. Setiap kali masalah datang, aku dijadikan tempat mengadu. Oleh kerana tidak sanggup melihat keadaan dirinya, aku berusaha membantunya setakat yang termampu. Demi persahabatan, aku rela bersusah-payah untuk membantu walaupun ia mendatangkan risiko kepada diri sendiri. Dari masalah kecil sehingga la masalah besar, aku menjadi tonggak penyelesaian masalah. Susah senang kami harungi bersama. Syukur kepada Tuhan, aku mampu dan dapat menyelesaikan masalahnya dan mengembalikan senyuman.

Bagaikan melepaskan anjing tersepit lalu menggigit kita, aku menjadi begitu terkilan. Teramat terkilan dengan perangainya yang berubah. Perasaan sedih, marah, geram..macam-macam lagi perasaanku kini. Sahabat ini mula menengking, memaki hamun dan membuat perangai yang menyakitkan hati. Tidak cukup dengan penghinaan, siap menuduh yang bukan-bukan. Hati mana tidak sakit apabila disindir dengan ayat-ayat ini, "Setakat belajar Diploma Sains Sukan bukan boleh pi mana. Jangan harap la kau boleh berjaya..orang macam ko ni lebih layak mati awal!"..Panas..memang panas. Bukan setakat panas telinga, tetapi hati pun membara. Pada mulanya aku mendiamkan diri, kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Namun, dia tetap terus memaki hamun dan menghina ku, menyebabkan aku mula hilang sabar..lalu aku mula meninggikan suara kerana sudah tidak tahan mendengar cemuhannya. "Apa?! Kau ingat kau hebat?! Kau lupa siapa diri kau?! Mak bapak tak ajar erti hormat?! Kau lupa siapa tolong kau masa kau susah dulu??!!"..memang aku dah nekad kali ni..aku tak boleh membiarkan orang sepertinya menghina aku..Marah, cukup marah!! Dia terus menghina dan menghina, malah berani memaki hamun keluarga ku termasuklah menggelarkan keluarga ku 'Bodoh'..Kurang ajar!!...

Kalau keluargaku bodoh, masing-masing tidak akan mempunyai karier tetap, tak akan mempunyai pendidikan. Bukan nak bermegah atau meninggi diri..tapi aku cukup menghormati keluargaku. Keluargaku bermula dari bawah. Kami telah melalui keperitan hidup, kami pernah lalui kehidupan susah. Contoh terbaik dalam keluarga, kakak sulung ku dahulunya begitu susah untuk melanjutkan pelajaran. Berkat usahanya, beliau berjaya ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Namun, hidup di perantauan bukannya mudah. Hati kami sedih apabila mendapat tahu beliau sanggup bekerja part-time di sebuah pasaraya, semata-mata mahu menolong keluarga. Berapa sangatlah duit biasiswa yang diterimanya? Namun akhirnya, usahanya berbaloi..beliau balik ke tanah air bersama keluarga dengan segulung ijazah. Tidak cukup dengan itu, beliau ditawarkan pekerjaan oleh kerajaan negeri. Kini, beliau mampu tersenyum kerana hidup berkerjaya dan senang tetapi beliau tidak lupa akan keluarganya dan masih bersikap seperti dahulu, malah sehingga coretan ini ditulis, beliau masih tidak jemu melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi lagi. Aku bangga kerana mempunyai kakak sepertinya. Itu baru satu contoh dalam keluargaku..

Kami juga tidak pernah diajar menghina, apatah lagi menghina keluarga orang lain. Tapi kami juga tidak mahu dihina. Kami ada maruah. Aku sentiasa ingat semua itu, tetapi kali ini aku tidak boleh lagi berdiam diri..orang yang menghina atau mengganggu keluargaku, bermakna dia mencari masalah. Aku mempertahankan maruah keluargaku. Pada saat itu, badanku mula menggigil. Bukan kerana kesejukan tetapi aku menahan marah. Aku tidak suka bila diriku menjadi marah. Apa boleh buat, bukan aku yang minta untuk menjadi marah. Aku memberi amaran kepadanya tetapi dia terus-menerus memaki hamun tanpa melihat keadaan sekeliling.

"Kau bangsat boleh pi mampus dengan diploma bodoh kau tu..", sekali lagi aku tersentak dan degupan jantung dirasai begitu cepat. Pada masa itu, aku sudah hilang sabar sama sekali dan bertindak menghampirinya. Melihat kejadian itu, tiga orang rakanku yang lain terus menghalang dan menarik aku daripada mendekatinya. Aku nekad, aku nak bagi dia se'dass'..biar dia sedar betapa sakitnya hatiku kerana perangai setannya itu. Tidak cukup dengan itu, dia sempat mengugut akan melakukan apa saja keatas diriku..teruskan..!! Aku tak takut. Nak buat apa buat la, yang membalas perbuatannya itu nanti adalah Tuhan. Menyedari aku hilang kawalan, rakan-rakanku memegangku erat, tidak mahu aku terlepas..si pengecut pula melarikan diri sambil sempat memaki hamun..

Aku menyesal..sungguh menyesal..menyesal kerana tersilap pilih kawan. Kawan makan kawan, kacang lupakan kulit..istilah-istilah ini cukup sesuai untuk orang sepertinya. Kenapa aku ditemukan dengan orang seperti ini?? Kenapa?? Kenapa?? Ya Tuhan, tolonglah..aku perlukan kawan yang sejati. Kawan yang hormat akan erti persahabatan..bukan kawan perangai mengalahkan setan..sememangnya hati aku amat terguris yang teramat sangat...

Tuesday, September 1, 2009

'Righteous'










Menarik..sungguh menarik...

Membaca setiap blog yang dihasilkan oleh member-member FSSR termasuk ePJJ dan PLK-PDRM menunjukkan betapa hebatnya mereka dalam menghasilkan nukilan dan penulisan. Tidak lupa juga penasihat utama bagi blog tersebut yang begitu hebat dalam penulisan. Istimewa dan mempunyai cara yang tersendiri. Selain daripada cerita mengenai rekreasi, segala luahan hati, pengalaman dalam diri, kerjaya malah mengenai keluarga juga diceritakan di dalam blog warga FSSR. Apabila diamati dan dibaca, sebenarnya ianya menarik perhatian dan seolah-olah memberikan kita suatu cerita yang mahu dikongsi bersama. Namun, di dalam keghairahan menulis blog, ada juga yang meluahkan perasaan seolah-olah 'sedih' dan ketidakpuasan hatinya terhadap blogger yang lain. Mengapa? Setelah diamati dan dianalisis semula, ternyata ia berpunca daripada satu teguran yang diberikan oleh seseorang yang penting. Tidak dinafikan, setelah diberi nasihat, ternyata banyak blog telah dikemaskinikan. Malah, ada yang menghasilkan blog yang berwarna-warni dan menarik. Diluar jangkaan..

Sesuai dengan luahan hatinya, ada baiknya si penulis blog yang dimaksudkan ini dikenali dengan nama samaran 'Mr. Feel'. Mr.Feel menyedari akan penulis-penulis blogger FSSR mula 'rajin' mengemaskinikan blog masing-masing kerana dua angka dan satu simbol iaitu angka 15 dan simbol %. Dalam penulisannya, ternyata si penulis agak 'kecewa' dengan blog rakan-rakannya dimana beliau merasakan blog yang dibacanya dahulu menarik kini bertukar menjadi 'tragedi'. Kejujuran dalam penulisan blog dipersoalkan dan dipinta dengan rendah hati. Sungguh mulia. Bukan bermaksud merendahkan sesiapa, atau menyakiti hati tetapi hanya kejujuran yang dipersoalkan oleh si penulis blog. Jelas sekali kekecewaannya terhadap penulisan blog yng dihasilkan oleh teman-teman seperjuangan yang lain. Namun demikian, dalam meluahkan perasaan 'kecewa'nya itu, beliau terlupa untuk menilai semasa membaca setiap penulisan di setiap blog yang dikunjunginya. Di dalam blog masing-masing, seperti yang dikatakan dari awal tadi, para penulis menulis blog mereka berdasarkan pengalaman, luahan hati dan macam-macam lagi terutamanya berkaitan dengan rekreasi. Ada yang menulis blog mengenai keluarganya sebagai sebahagian daripada isi kandungan blog tersebut, tidak kurang ada juga yang menulis syair, pantun, lirik lagu. Yang penting, cerita mengenai rekreasi mesti ada di dalam setiap blog. Melihat akan keadaan in, apakah si penulis menyedari akan penulisan yang dihasilkan oleh setiap blogger FSSR ini bermula dari luahan hati mereka?? Tidakkah si penulis menyedari bahawa penasihat utama di dalam blog FSSR ini juga melakukan perkara yang sama??

Jangan salahkan Mr. Feel. Beliau tidak bersalah. Beliau juga insan biasa seperti kita semua. Kata-katanya itu ada kebenarannya dan ada kesilapannya. Benar kerana beliau menyedari sebahagian blog rakan-rakannya yang sebelum ini tidak dikemaskinikan, kini menampakkan 'hasil' (secara mendadak). Silap kerana beliau tidak menyusuri blog-blog tersebut secara teliti. Blog penasihat utama dibaca tetapi tidak 'diperhatikan' atau difahami secara menyeluruh. Jika beliau berbuat demikian, aku percaya beliau pasti dapat menilai akan isi kandungan yang tersurat dan tersirat di dalam blog penasihat utama, seterusnya dapat menilai dan 'melihat' akan kejujuran penulis-penulis blog yang lain dalam menghasilkan penulisan mereka masing-masing. Walau apa pun, sifat yang ada di dalam diri Mr. Feel harus dipuji kerana berjaya 'membuka' mata dan minda, bukan sekadar cerita yang direka, tetapi kejujuran dan kebenaran yang dipinta. Bukan semua yang berani untuk membuat 'permintaan' sebegitu, tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima dengan hati yang terbuka dan minda yang positif.

Akhir sekali, pohon kemaafan jika ada yang terkasar bahasa, tersalah kata atau tersinggung. Bukan niat untuk melukakan hati dan perasaan atau merendahkan sesiapa, sekadar untuk berkongsi pandangan dan pemikiran yang terbina.

Kepada semua penulis-penulis yang dikasihi, seperti kata-kata Mr. Feel..kejujuran adalah penting dalam penulisan anda semua. Kejujuran melambangkan diri anda sendiri..

Kepada Mr. Feel, bak kata pepatah orang putih, 'Don't judge a book by its cover.' ..

Kepada semua (termasuk Mr. Feel), 'The righteous eat to their hearts' content, but the stomach of the wicked goes hungry'..

Salam hormat..


"Apasal kulit gelap semacam ni?" tanya seorang pegawai ku apabila terserempak di pejabat. "Berenang dalam laut, tuan" jawab ku spontan. Lalu dia memandangku sambil berkerut dahi. "Berenang dalam laut? Kat mana?" beliau bertanya lagi. 'Pulau Kapas, Terengganu", jawab ku pendek. "Jauhnya, bercuti ke kursus?" Sekali lagi beliau bertanya. "Recreation tuan. Salah satu subjek Sains Sukan yang saya belajar sekarang ni." jawabku lagi. "Oh, macam seronok je. Banyak juga aktiviti u ye, patutla i perasan u selalu takde sekarang ni. Bila i tanya yang lain u pi mana, diorang kata u kursus." Katanya. Aku menjadi tidak sedap hati kerana mendengar kata-katanya itu lalu aku bertanya kenapa beliau mencari aku. Rupa-rupanya beliau perlukan bantuan untuk tugas-tugas tertentu. Aik, kenapa la aku sering dicari. Bukan aku mahu menolak kerja tetapi aku berasa pelik. Setiap kali ada tugasan penting atau memerlukan tugas itu dilaksanakan dengan kadar segera, pasti aku yang dicari. Tanpa segan silu, aku terus bertanya kepadanya, "Ada masalah ke tuan? Kan ada yang lain boleh bantu." Dengan selambanya pegawai ku berkata, "Ada memang ada, masalahnya bila i call atau suruh diorang, takde sorang pun yang nak datang tolong. Macam-macam alasan..sakitlah, ada hal la, tak reti nak buat la, macam-macam. Kalau datang pun buat muka masam, buat keja ala kadar. Kalau u, senang..call je u datang. Tak banyak songeh. U marah pun tapi u buat. Keja complete".

"Cheh, nie memuji ke mengampu nie?", aku berkata dalam hati. 'Tapi tuan, tuan harus faham dan panggil diorang dalam mesyuarat. Kena bagitau la. Keluarkan satu arahan tetap dan buat satu fail kerja. Bagi tugasan masing-masing. Tak pun buat rolling kerja. At least takde la yang curi tulang. Takkan saya je yang kena buat, kalau saya dah takde besok kat sini, keja tempat lain ke atau meninggal dunia ke, takkan tuan sanggup cari saya jauh-jauh? Takkan nak korek kubur saya, tuan? Kalau bangun dari kubur, belum tentu tuan nak sembang dengan saya, kut-kut tuan lari lintang-pukang." kata ku kepadanya. Mendengar penjelasan aku itu, pegawai ku hanya tersenyum sambil berkata," Tau, i pun faham. Kalau i di tempat u, i pun cakap gitu..tapi setakat ni u je yang boleh tolong..bila i tanya yang lain, semua rujuk nama u. Takpe la, at least keja u bagi u advantage dalam kerja. . Lagipun i suka cara u, u tetap dengan pendirian u. Hati U keras, tapi U baik. Hampir semua u tahu buat, i pun tak heran kalau semua rujuk kat U. U sebenarnya untung, sebab banyak pengalaman keja u dapat sebab u tak pilih keja. Orang respect kat u. Orang lain tak boleh kelentong u. Jangan ambil hati ye."

"Respect, respect gak tuan. Keja tu memang keja, tapi bila saya jatuh sakit, sebab terlalu keja takde siapa yang ambil tau..sakit hati juga tuan. Tuan jangan tak tahu, dalam diam2 pun ada yang tak puas hati kat saya. Saya tak kacau orang, tapi orang suka kacau saya. Bila saya ambil tindakan, kata saya tegas la, tak berhati perutlah, itu la, ini la. Walhal yang menjadi mangsa saya. Masa susah, semua cari saya..tapi bila dah senang, semua lari. Saya pun ada perasaan, tau bersabar tau marah. Bersabar lama-lama pun, tiba masanya meletup gak." Habis semua aku luahkan kepada pegawaiku. Melihat riak wajah ku yang sudah berubah, beliau memujukku dan menasihati aku supaya bersabar banyak-banyak. Beliau meminta maaf kerana menyinggung perasaan ku. Aku bukan marah kepadanya, tetapi sekadar meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Bila ku fikirkan balik, ada benarnya pegawai ku berkata demikian..marah-marah pun, aku tetap akan melaksanakan tugas ku. Bukan nak memuji diri sendiri, tetapi memang inilah hakikatnya, sudah menjadi tabiat ku semenjak di bangku sekolah lagi. Aku tidak suka melengah-lengahkan kerja. Aku juga sukar untuk menolak kerja. Entahlah, mungkin juga kerana aku memegang prinsip 'Bila kerja, kita kerja betul-betul..bila main, kita main..bila relax, kita relax.'..

Alahai...

Monday, August 31, 2009

Abseiling

Abseiling. Mak aii, tingginya bangunan tu. Bayangkan la macammana gelagat kami nanti yang baru nak belajar abseiling ni. Macam-macam perangai la muncul nanti. Gementar, menangis, ketawa tiba-tiba (nak menghilangkan rasa takut punya pasal), peluk tiang kuat-kuat dan macam-macam lagi la..

Semasa mempelajari asas-asas dan mengenali peralatan-peralatan abseiling di dalam kelas baru-baru ni, ianya telah menarik perhatian aku sebenarnya. Apa taknya, dahulu aku rajin gak menonton rancangan-rancangan extrem termasuk la abseiling ni. Tapi tak pernah terlintas di fikiran aku pun yang satu hari nanti aku akan melakukan abseiling ni dan sudah pasti aku akan 'merasai'nya. Aduh, bagaimana rasanya nanti ya?? Ada kalanya aku akan menggelengkan kepala bukan kerana tidak mahu melakukan abseiling ini nanti tetapi aku bagaikan tidak percaya yang 'peristiwa bersejarah' akan berlaku! Tetapi aku percaya, dengan bimbingan dan pertolongan orang-orang yang berpengalaman dan profesional seperti pensyarah kami iaitu En. Hisham, kami akan dapat melakukannya dengan baik. Pelbagai peralatan abseiling ditunjukkan termasuklah topi keselamatan, tali, sarung tangan (nampak macam peralatan biasa je tapi ni semua penting dalam abseiling). Aku dan kawan-kawan yang lain begitu khusyuk mendengar penjelasan dan pembelajaran yang diberi oleh pensyarah, malah ada kalanya kami akan gelak setiap kali mendengar cerita-cerita lucu berkaitan abseiling yang diselitkan oleh pensyarah. Kadang-kadang aku terfikir juga samada aku mampu melakukannya atau tidak. Ye lah, masa kecil dulu aku agak nakal juga suka panjat pokok, panjat tiang, panjat sampai atas bumbung rumah dan macam-macam aksi lagi yang membuatkan ibubapa aku pening kepala dan susah hati melihat perangaiku dulu. Dulu berani la buat, budak..mana la nak ingat bahaya ke tak..yang tau rasa seronok bermain je. Sekarang ni pula dah besar, entah dapat buat aktiviti panjat-memanjat lagi ni ke tak. Bila difikirkan semula, rasa gembira nak buat abseiling tu memang ada. Harap-harap la masa hari nak buat abseiling nanti jangan pula rasa gementar. Maklumlah, nak buat abseiling dari tingkat 11 bukannya perkara mudah atau boleh dipandang remeh. Silap sikit, bahana yang menimpa..

Apapun, aku tidak sabar untuk mencuba aktiviti ini. Sememangnya aku mahu mencuba sesuatu yang baru dan boleh memberikan aku suatu pengalaman baru yang tidak akan dilupakan. Mana tahu satu hari nanti, aktiviti abseiling ini menjadi salah satu aktiviti kegemaran ku. Tunggu sahaja nanti..

Community

Last week, i read a 'Newbec' as part of my daily reading..I was interested with this article and it make me think about community in our daily life..lets have a look at it..

'Our culture is more supportive of sexual gratification, consumerism and independence that it is of chastity, detachment from material goods and interdependence.

Community life is needed to support one who attempts to live values not prevalent in the culture. Atthe same time, community life is a challenge. We all know that it is difficult to make room in your lives and in our immediate environment for the idiosyncrasies of others. Just think of family gathering or the workplace and how easily we are annoyed by behaviors that we do not like. Community involves learning lessons of tolerance, self-sacrifice and reverence for persons who are different from us.

Community itself is one of the greatest witnesses that religious life has to offer in a culture where self-interest and individualism can lead to isolationism and even violence.'

Saturday, August 29, 2009

“MUKA CINA TAPI SAYA BUKAN CINA, NAMA MELAYU TAPI SAYA BUKAN MELAYU..”

Inilah ungkapan yang sering aku gunakan setiap kali jika ditanya samada aku ni orang Cina atau orang Melayu..


Ungkapan ini telah lama aku gunakan semenjak di bangku sekolah lagi. Apa taknya, setiap kali aku ke kedai atau ke mana sahaja, pasti ada yang bertanya samada aku berbangsa Cina atau tidak dan setiap kali itu jugalah apabila aku beritahu bahawa aku bukan Cina, soalan seterusnya pasti berbunyi seperti ini, “Oh, awak bukan Cina? So awak Melayu la..?” Sekali lagi aku terpaksa beritahu yang aku juga bukannya orang Melayu dan apabila mendapat jawapan sebegini, pasti ada yang berkerut dahi. Malah, jika aku menyebut namaku, sekali lagi aku akan dianggap Melayu. Ini kerana namaku yang berbunyi seperti nama orang Melayu, walaupun nama ini sebenarnya juga digunakan oleh bangsa yang lain. Ini bermakna, nama ini sebenarnya unik! Sepanjang hidupku juga, aku melalui pelbagai pengalaman pahit manis disebabkan berwajahkan Cina dan nama seperti nama Melayu.


Aku masih ingat lagi salah satu pengalamanku iaitu semasa aku mahu menghadiri satu perbicaraan kes di Mahkamah Klang suatu ketika dahulu. Seperti kebiasaannya aku akan berjalan kaki menuju ke mahkamah yang terletak tidak jauh dari tempat tinggal ku. Oleh kerana belum bersarapan pagi, aku telah singgah di sebuah restoran Cina untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Ketika itu aku berpakaian seragam, terus masuk ke dalam restoran tersebut lalu memesan segelas air dan semangkuk mee sup tetapi pelayan merenungku seperti ada suatu yang tak kena. Lalu aku bertanya kepadanya kenapa tengok aku sedemikian. Pelayan itu terus bertanya “U Cina ka?”. Aku beritahu, "Muka Cina tapi saya bukan Cina.” Aduhai, mentang-mentanglah kulit aku cerah dan wajahku seperti orang Cina. Sekali lagi pelayan tersebut berkata, “ Kalau U bukan Cina, U misti Melayu punya olang.” dalam loghatnya. Sekali lagi aku memberitahunya yang aku juga bukan Melayu tetapi pelayan tersebut tidak percaya. Lalu aku bertanya kenapa kata aku Melayu? Rupa-rupanya dia ternampak tag namaku di pakaian seragam dan menyangkakan aku adalah orang Melayu, dan dia rasa musykil kerana menyangkakan orang Melayu masuk ke restoran Cina. Setelah menjelaskan keadaan sebenar, barulah pelayan tersebut mengambil pesananku.Itu pun setelah beberapa kali aku terpaksa jelaskan kepadanya.


Namun apapun yang berlaku, aku tetap bersyukur dan berbangga kerana memiliki nama ini. Bangga dan bersyukur kerana nama ini diberi oleh kedua-dua orang tuaku. Dibuatnya nama diberi seperti Cipan ke, Kubin ke..macammana? Tak ke haru-biru dibuatnya?? Apapun, samada aku ini orang Cina atau orang Melayu aku tak kisah. Yang penting aku hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni bersama-sama dengan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Maka, selagi aku masih bernafas di muka bumi ini dan selagi ada individu yang bertanyakan samada aku ini orang Cina atau orang Melayu, maka inilah jawapan ku untuk mereka, “MUKA CINA TAPI SAYA BUKAN CINA, NAMA MELAYU TAPI SAYA BUKAN MELAYU..”

Monday, August 24, 2009

Funny Day

Salam sejahtera semua..
Ni ada sedikit cerita dan pengalaman yang mencuit hati bagiku untuk dikongsi bersama. Sama2 lah kita menilai akan pengajaran disebalik peristiwa ini..

24hb Ogos 2009 dan seawal jam 8.30pagi, aku telah berada di bangunan Mahkamah Klang kerana perlu menghadiri satu perbicaraan kes jenayah. Seperti biasa, aku melaporkan diri kepada anggota bertugas dan pihak mahkamah tentang kehadiran ku sebagai saksi penting. Sebaik sahaja melaporkan diri, aku kemudian duduk dan menunggu di luar kamar mahkamah.

Pada masa itu, terdapat seorang lelaki yang berumur awal 20-an datang dan duduk di sebelahku. Lelaki tersebut hanya tersengih-sengih dan melihat akan gelagatnya, aku terus bertanya kepadanya ada masalah ke tidak. Terkejut dengan teguranku, lelaki tersebut terus memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangan untuk bersalam. OK la, aku pun sambut salamnya itu. Tanpa segan silu, beliau mengajakku berbual-bual dan mahu berkenalan kerana mahu menghilangkan boring, katanya. Dalam perbualan kami, terselitlah cerita pasal belajar dan beliau mengaku sedang menuntut di sebuah universiti dalam jurusan Diploma Sains Sukan. Aku tertarik kerana aku pun menuntut dalam jurusan yang sama juga, maka semakin rancaklah perbualan kami. Sembang punya sembang, tergerak hati aku bertanya lebih lanjut mengenai universiti tempat beliau menuntut. Dengan selambanya beliau berkata, "Aku belajar kat UiTM Shah Alam tu". Aku terkejut kerana aku tidak pernah melihatnya di Fakulti Sains Sukan. Oleh kerana mengesyaki ada suatu yang tak kena, aku meneruskan perbualan dengan memberikan pelbagai soalan 'cepuk emas'. Antara soalan-soalan yang aku berikan adalah nama-nama pensyarah. Aku berpura-pura tanya adakah beliau mengenali pensyarah-pensyarah Sains Sukan dengan memberikan nama yang berlainan seperti Encik Saiful, Encik Ramlee, Puan Salomah, Puan Era (aku saja gunakan nama pelakon!). Dengan selambanya beliau menjawab, "kenal sangat..diorg tu semua mengajar best giler". Aku mula rasa geli hati dan geram. Geli hati kerana dapat 'tangkap' yang budak ni menipu. Geram kerana 'bulat-bulat' aku ditipu olehnya, dah tu suka-suka dia je nak ngaku pelajar UiTM.

Rasa nak ketuk je kepala dia tu. Lebih parah lagi, apabila aku terus bertanya kepadanya apa nama penuh bagi UiTM. Aku terkejut dan terus ketawa apabila dia dengan selambanya memberitahu nama penuh bagi UiTM adalah "Universiti International Teknologi Malaysia". Biar betul mamat ni, takkan nama penuh UiTM pun tak tahu?? Melihat gelagatku yang tiba-tiba je ketawa, beliau tergamam dan mukanya mula menjadi merah padam. Tanpa segan silu, aku terus menepuk bahunya sambil bertanya, "Woi mat, ko nie biar betul..itu UiTM mana ko belajar tu? Nama lecturer pun aku tak pernah dengar..ko sedar tak yang ko nie sedang menipu?? Tau tak apa kesalahan menipu nie??". Beliau menjadi pucat dan terus meminta maaf berulang kali. Aku kemudian bertanya lagi kenapa nak menipu dalam nada suara yang tegas dan mula membebel (walhal aku tak suka nak membebel pun). Dalam suara yang terketar-ketar dan tak senang duduk, akhirnya dia mengaku bahawa beliau sebenarnya teringin sangat mahu bersembang denganku kerana suka melihat gelagat ku yang kononnya 'cool' dan selamba, katanya. Setelah memberi 'amaran' dan 'nasihat' kepadanya, aku terus beredar sambil menahan ketawa, meninggalkannya yang berkeadaan malu dan menyesal yang teramat sangat. Padan muka!!

Saturday, August 22, 2009

Salam sejahtera..
Nie saja nak kongsi cerita, buat tatapan semua..

21hb Ogos 2009 tarikh istimewa buat diriku. Maklumlah, pada tarikh ini umurku genap 31 tahun. Aduhai, cepatnya masa berlalu. Umur pun semakin meningkat. Tidak ku sangka bahawa umur ku telah melepasi era umur 20-an. Tapi takpe la, itu tidak penting. Yang penting bersyukur kepada Tuhan kerana memanjangkan umurku. Bak kata pepatah 'orang putih' "ALWAYS FEEL YOUNG AT HEART BECAUSE AGE IS JUST A NUMBER"..

Apabila ku fikirkan semula, sudah 10 tahun aku 'meraikan' harijadiku di negeri orang. Sebenarnya aku tidak pernah meraikan harijadiku semenjak kecil lagi. Aku hanya meraikan harijadi ku sekali sahaja ketika umurku 9 tahun. Itupun kerana ibuku seperti menunaikan permintaan ku. Aku masih ingat lagi ketika masa itu ibuku menangis apabila tiba-tiba aku bertanyakan kepadanya mengapa kami adik-beradik tidak pernah merasakan suasana harijadi seperti kawan-kawan yang lain. Sebenarnya kami tidak pernah menyalahkan atau marah kedua-dua orang tua kami kerana kami memahami kerjaya ibubapa kami yang sentiasa sibuk mencari nafkah demi kami semua. Sehingga ke hari ini, adakalanya aku terasa bersalah kerana menyebabkan ibuku menangis hanya kerana menanyakan soalan sedemikian dan aku tidak lagi pernah mengeluarkan soalan-soalan yang aku rasakan boleh menyinggung perasaan kedua-dua orang tuaku kerana aku tidak sanggup melihat kesedihan mereka.

Pada tarikh ini (21hb Ogos 2009) tepat jam 0001hrs aku terus pergi mandi. Ini adalah suatu kebiasaanku semenjak kecil lagi. Aku rasa lega dan segar setelah mandi. Oleh kerana belum dapat melelapkan mata, aku melayari internet FB. Ucapan 'Selamat Harijadi' oleh keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan FB membuatkan aku tersenyum gembira. Tidak kurang juga ada yang mendoakan kesejahteraan ku. Terima kasih semua. Aku melayari internet hampir 3 jam sebelum masuk tidur kerana sudah mula terasa mengantuk. Pada jam lebih kurang 8 pagi, bunyi SMS dari telefon bimbit mengejutkan aku dari tidur, lalu aku bangun dan membacanya. Kakak ku iaitu anak kedua dalam adik-beradik mengucapkan 'Selamat Harijadi' kepada ku. Aku tersenyum tanpa gembira. Tidak lama kemudian, kakak ke yang keempat pula menelefonku dan diikuti oleh kakak ketiga dan seterusnya ibuku. Agak menggelikan hati apabila ibuku memberi soalan cepuk emas "bila nak kahwin, dah ada calon ke?"..La, ke situ pula. Aku mengusik ibu dan kami gelak bersama-sama. Kedengaran suaranya seperti merindui ku. Aku cuba mengembirakannya walaupun hakikatnya ada kalanya aku berasa sedih kerana berjauhan dari keluarga. Selepas berbual agak panjang dengan ibuku, adik lelaki pula menelefon dan menyanyikan lagu "Happy Birthday" dengan suara kartunnya itu. Adikku memang seorang penghibur. Cuma kakak sulung dan bapa ku saja yang tidak menghubungi dan mengucapkan Selamat Harijadi kepada ku. Pada mulanya aku agak terkilan tetapi apabila difikirkan semula, aku memahami kesibukan mereka. Aku tak salahkan mereka.

Selepas bersarapan pagi, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan dan menenangkan fikiran. Pada mulanya aku mahu menunggang motosikal kesayanganku tetapi menyedari keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (seperti ada tanda-tanda mahu hujan), aku mengambil keputusan untuk memandu kereta sahaja. Aku kemudian memandu kereta kesayanganku di sekitar Klang, Shah Alam dan sehinggalah ke Seri Kembangan. Aku sebenarnya tidak tahu mahu ke mana lalu aku menghubungi ibuku, saja nak melepaskan bosan. Ibuku kemudian memberi idea dengan menyuruh aku pergi bergambar sempena umurku yang ke 31 tahun, sebagai kenangan katanya. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke kedai gambar dan mengambil gambar. Aku tersenyum puas setelah bergambar kerana bagiku ia secara tidak langsung adalah 'hadiah harijadi' dari ibuku (kerana telah memberikan idea yang bernas, thanks mum!). Selepas itu, aku meneruskan lagi perjalanan sehinggalah menjelang petang, barulah aku balik semula ke rumah. Oleh kerana tidak tahu nak buat apa, aku menghubungi beberapa orang rakan kerana ingin mengajak mereka makan malam sempena harijadiku. Alangkah hampanya apabila kesemua mereka telah mempunyai rancangan yang lain. Namun demikian, aku faham dan tidak menyalahkan mereka. Lagipun, aku tidak membuat sebarang perancangan. Terus tangkap muat je ajak makan. Oleh kerana bersendirian, aku keluar semula dan terus ke sebuah kedai kek dan membeli 1 cupcake yang kecil. Aku memakan cupcake tersebut dengan sekali ngap sahaja. Maklumlah, cupcake kan kecil je. Aku menganggapnya sebagai kek harijadiku yang paling 'cute' sekali. Selepas itu, aku balik semula ke rumah dan berehat.

Selamat Harijadi buat diriku yang ke 31 tahun..

Wednesday, August 19, 2009

Explore Kapas Experience Challenge 2009 Day

14hb-19hb Ogos 2009.
Tarikh 'keramat' buat pelajar Full-time, e-PJJ dan PLK-PDRM dari Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi. (Kali ni nak berkongsi cerita dalam BM pula).

















13hb Ogos 2009

Awal pagi lagi, aku dah bangun untuk membuat persiapan akhir untuk pergi ke Pulau Kapas, Terengganu bagi mengikuti program Explore Kapas Experince Challenge yang dianjurkan oleh Bachelor Of Sport Management (Hons) SR221/3 dan Diploma In Sport Studies (PLK-PDRM & e-PJJ). Sebelum itu, memang aku telah membuat persiapan awal beberapa hari yang lepas tetapi tidaklah begitu lengkap. Sekadar keluar membeli barang keperluan untuk digunakan di Pulau Kapas nanti dan balik je aku sekadar menyusun barang-barang keperluan diatas katil bujang sebelum memasukkannya ke dalam beg. Bukan malas tetapi aku tidak mempunyai masa yang cukup. Lagipun aku sudah biasa menyusun barang ke dalam beg dalam masa yang singkat sewaktu menyertai ATM sebagai tentera simpanan (AW) suatu ketika dahulu.

Dalam menyibukkan diri menyiapkan kelengkapan, aku sempat tersenyum apabila aku menyedari yang aku tidak mempunyai beg yang sesuai untuk dibawa ke Pulau Kapas nanti. Apa lagi, tanpa membuang masa aku pun terus keluar untuk mencari sebuah beg yang sesuai untuk expedisi. Sampai di destinasi yang ingin aku tuju (mana lagi kalau bukan kedai jual beg di sekitar Centre Point Klg), aku terus menuju ke sebuah kedai dan mengambil masa lebih kurang 10-15 minit untuk memilih beg. Sebaik sahaja aku mendapat beg yang diminati, aku siap minta kurang harga kat penjual beg. Mula-mula penjual beg tu enggan mengurangkan harga beg walaupun RM1/- tapi aku berkeras mahu kurang (sebab aku malas nak buang masa cari lama-lama). Tengok muka penjual beg tu buat selamba je, aku letak balik tanpa berkata apa-apa. Memandangkan pagi tu aku seorang je pelanggan yang ada, tiba-tiba dia terus offer beg tu dengan diskaun RM2/- je. Ceh! kedekut punya penjual. Aku cakap kalau kurang RM10/-, mungkin aku ambil. (Tu dah kira OK dah aku offer kurang RM10/- je). Dia tengok lagi muka aku dan buat muka kesian. Aku buat muka selamba bodoh dan pandang dia sambil berkata "nak jual ke tak nak? Kalau taknak aku nak cari kat kedai lain'' (saja nak gempak penjual tu). Tiba-tiba penjual beg tu pula kata kalau nak kurang janganlah sampai kurang dari RM50/-. Apa lagi, aku terus capai beg tu dan bagi dia duit RM50/- tanpa cakap banyak. Dia tergamam dan terpaksa terima gak sebab dah terlepas cakap. Aku pun balik dengan beg tu dengan harga diskaun sebanyak RM15/-. Samada berbaloi ke tak, aku tak kisah. Yang penting aku dah dapat sebuah beg yang besar dan boleh adjust (bajet aku pun ngam2 RM50/-). Hehehe

14hb Ogos 2009
Jam 0800hrs @ Pagi-pagi lagi aku dah bersiap sedia dan menunggu kak Kamisah datang menjemput aku di rumah sebab aku nak menumpang keretanya dan kami telah berjanji akan pergi bersama. Aku tunggu di tingkat bawah bangunan rumah dan sempat memanaskan enjin kereta dan motosikal kesayangan ku. Maklumlah, aku hidup dan tinggal sorang-sorang. 'Teman hidup' ku hanyalah kereta dan motosikal tu je. Sebab 'diorang' la yang akan 'membawa' dan 'menemankan' aku kemana-mana je yang aku nak pergi. Sebab tu aku pun jaga 'diorang' baik2.

Setelah hampir sejam menunggu, akhirnya kak Kam datang. Aku tersenyum melihat muka selambanya memandu kereta. Biasalah kak Kam, orang lama yang steady. Selepas memasukkan beg ke dalam kereta, kami terus menuju ke UiTM dan berkumpul di perkarangan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR). Sampai disana, orang pertama yang kami jumpa adalah Sapia yang sedang setia menunggu rakan-rakan yang lain. Selang beberapa minit, rakan-rakan PLK-PDRM yang lain sampai dan tanpa membuang masa, kami menuju ke tingkat atas bangunan FSSR untuk mendengar taklimat dan pembukaan rasmi Explore Kapas Experience Challenge 2009. Selepas selesai taklimat dan perasmian tu, kami menuju ke bangunan stor FSSR berdekatan dengan gym FSSR untuk mengambil barang-barang peralatan untuk ekspidisi seperti kayak, pedal, enjin bot dan sebagainya. Tidak lupa juga makanan-makanan untuk ekspidisi nanti. Setelah selesai memunggah barang-barang FSSR, kami bertolak ke PULAPOL, K.Lumpur dan berkumpul disana sebelum mneruskan perjalanan ke Pulau Kapas, Marang, Terengganu pada jam l/kurang 1640hrs dengan menaiki bas PDRM.

15hb Ogos 2009
Kami sampai di IPD Marang , Terengganu pada jam l/kurang 0120hrs dan berehat di surau IPD tersebut sementara menunggu ke pagi hari. Pada mulanya aku segan nak masuk ke dalam surau kerana status aku sebagai non-Muslim kerana sebelum itu ramai kawan beragama Islam yang memberitahu aku bahawa seseorang non-Muslim itu dilarang masuk sama sekali ke kawasan surau dan masjid, tidak kurang juga ada yang memberitahu bahawa tidak salah jika seseorang non-Muslim itu masuk ke dalam surau dan yang penting dalam keadaan 'bersih' (faham2 je lah kalau perempuan) dan tidak berniat tidak baik. Apabila aku melihat seorang kawan lelaki yang juga seagama denganku memasuki surau tersebut dan kami diajak masuk oleh kawan-kawan yang beragama Islam, barulah aku berani memasuki surau tersebut. Bukan apa, aku bimbang jika kehadiran insan sepertiku akan disalah anggap dan menyinggung perasaan orang lain. Terus terang aku katakan, aku sanggup tidur di luar berlantaikan bumi berbumbungkan langit daripada menyinggung perasaan kawan-kawan yang beragama lain Sememangnya aku berterima kasih kepada kawan-kawan ku yang beragama Islam kerana telah secara tidak langsung telah memberi 'jawapan' yang aku tercari-cari selama ini. (Namun, aku berharap ada yang sudi memberitahu atau menegurku andaikata aku tersilap kerana kurang pengetahuan dalam hal-hal seperti ini).

Pada jam l/kurang 0500hrs, kami telah pun bangun dari tidur. Ada diantara kawan-kawan yang telah bersiap dan aku menunggu giliran untuk pergi mandi. Selepas semuanya telah siap, kami keluar beramai-ramai untuk bersarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Kapas. Menjelang tengahari, kami telah sampai di jeti Jabatan Perikanan Marang, Terengganu dan menunggu untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Kapas. Sementara menunggu kedatangan bot peronda PDRM yang akan membawa kami ke Pulau Kapas, kami bersama-sama dengan pelajar sepenuh masa dan e-PJJ memunggah barang-barang FSSR dari lori PDRM. Tidak lama selepas itu, bot peronda PDRM yang dikenali dengan PAX6 telah tiba bersama sebuah lagi bot peronda PDRM (diwarnai dengan warna celoreng biru). Bot peronda PDRM terpaksa melakukan sebanyak 2 'trip' kerana terlalu banyak barang FSSR termasuk beg-beg pelajar FSSR hendak dibawa ke Pulau Kapas. Aku sendiri mengikuti 'trip' yang kedua dan pada masa itu, aku tersenyum kerana berpeluang menaiki bot peronda PDRM. Apa tidaknya, walaupun 10 tahun aku berkhidmat dengan PDRM, inilah kali pertama aku menaiki bot peronda PDRM. Selama ini, aku hanya melihat dari jauh dan pernah berangan-angan aku hanya akan berpeluang menaiki bot peronda PDRM jika menyertai Pasukan Gerakan Marin PDRM.

Sebaik sahaja sampai di Pulau Kapas, 7 orang yang terakhir (4 perempuan dan 3 lelaki) tiba di destinasi terus memunggah beg-beg pelajar FSSR (tidak kurang daripada 20 beg besar!) dan sebuah bot FSSR. Dengan bantuan anggota bot peronda, kami beramai-ramai memunggah beg-beg dan bot tersebut dari bot peronda PDRM ke tepi pantai sementara menunggu sebuah bot awam yang akan membantu membawa beg-beg tersebut ke pantai sebelah iaitu tempat kami berkumpul dan bermalam nanti. Sebaik sahaja beg-beg tersebut dipunggah, kami tergamam kerana 3 orang lelaki (semua berbadan tinggi dan besar) yang bersama-sama kami tadi dengan selambanya terus berjalan menuju ke sebelah dan meninggalkan kami berempat bersama-sama kesemua beg-beg pelajar FSSR dan bot. Tidak dinafikan kami agak bengang melihat sikap mereka begitu dan aku cukup meluat dan pantang tengok perangai lelaki macam tu. Harap badan je besar. Kenapa tiba-tiba tinggalkan kami (4 perempuan) tanpa sebarang bantuan?? Ingat sikit dan ringan ke beg-beg tu semua?? Tuhan sajalah yang tahu macammana perasaan kami pada masa itu. Tanpa membuang masa, kami terus memunggah kesemua beg ke dalam bot awam yang telah sedia menunggu, dan si tukang bawa bot tu juga lah yang terus turun dari bot dan membantu kami mengangkut beg-beg tersebut sambil menggelengkan kepalanya kerana turut melihat gelagat lelaki-lelaki 'gagah' tadi. Malah anggota bot peronda PDRM yang berhenti tidak jauh dari kami juga turu meyaksikan 'persembahan' tadi. (Maaf jika ada yang terasa dan tersinggung tetapi inilah kenyataan dan pengalaman yang aku rasa perlu dikongsi bersama. Sama-samalah kita menilai dan renung bersama disebalik kejadian ini).

16hb Ogos 2009
Bermulanya episod mencabar mental dan fizikal para pelajar FSSR. Sebenarnya ia telah pun bermula pada hari semalam tetapi pada hari ni pelbagai aktiviti dan program telah bermula sepenuhnya. Pada hari ini, pelajar e-PJJ dan PLK-PDRM membuat jungle trekking dan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Semasa melakukan jungle trekking, kumpulan aku telah tersesat dan kami terpaksa berpatah balik dan mencari jalan yang lain untuk memasuki hutan di dalam Pulau Kapas. Pada masa itu, aku sememangnya tidak sihat sejak semalam dan tiada 'mood' tetapi aku gagahi juga mahu ikut bersama kerana bagiku alangkah ruginya jika aku tidak mengikuti rakan-rakanku untuk membuat ekspidisi hutan bersama. Aku berani mengambil risiko kerana aku tidak mahu datang ke Pulau Kapas dan hanya 'goyang kaki' semata-mata dan aku mempunyai tujuan yang sama seperti rakan-rakanku yang lain iaitu menyertai program ekspidisi FSSR dan bukannya datang hanya untuk suka-suka. Semasa melakukan jungle trekking, aku agak terharu apabila kumpulan ku sentiasa menanyakan keadaan samada aku ok ke tak. Mereka juga sentiasa memastikan aku berada di tengah-tengah diantara mereka dan memastikan aku dapat ikut bersama. Menyedari mereka begitu mengambil berat tentang diri ku, aku nekad mahu meneruskan perjalanan bersama-sama mereka walaupun ketika itu aku mula pening dan hampir pitam. Aku tidak mahu perjalanan kami terhenti atau tergendala hanya gara-gara aku kurang sihat. Setiap kali kami berehat, aku pasti tersenyum kerana dapat meneruskan perjalanan dan berehat bersama mereka dan bukannya berhenti disebabkan aku. Semasa berada di dalam hutan, pelbagai pokok pelik dan binatang aku temui. Apa yang menghairankan aku adalah bagaimana seekor kucing hitam boleh berada di dalam hutan tersebut. Kalau kucing hutan tu masuk akal juga. Aku sempat memberitahu kak Zarina, iaitu salah seorang ahli kumpulan namun beliau menyuruh aku agar jangan menegur'nya'. Apabila aku cuba melihat kucing tersebut, ia telah tiada dan aku tergamam seketika. Aku pun buat bodoh je seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Kali kedua aku melihat kucing hitam tersebut ketika kami berjalan keluar menuju ke laut (Tasik Rakit). Pada masa itu, aku buat bodoh dan tidak bercakap apa-apa dan apabila aku melihatnya semula, sekali lagi kucing tersebut menghilangkan diri. Aku kuatkan semangat dan berdoa kepada Tuhan agar perjalananan kami berjalan dengan lancar.

Setelah selesai melakukan jungle trekking, aku menarik nafas lega kerana akhirnya kami balik semula ke tapak perkhemahan dan berehat. Pada masa itu, kepala ku mula berdenyut-denyut dan terasa amat sakit. Selesai saja makan dan mandi, aku terus memasuki khemah dan berehat. Aku sedar pada masa itu, aku telah diserang tekanan darah tinggi (hypertension). Aku terpaksa mengambil ubat pil penahan sakit dan ubat hypertension bagi meredakan sakit, suatu perkara yang aku benci sebenarnya. Aku diserang hypertension semenjak hampir 3 tahun lepas gara-gara terlalu bekerja dan sering kali stress. Walaupun ia masih di tahap yang terkawal, tetapi doktor selalu memberi nasihat kepada aku bahawa aku mudah diserang hypertension apabila terlalu penat yang amat sangat, stress dan cepat marah, dan apabila ini berlaku, aku perlu mengambil pil / ubat bagi mengurangkan sakit. Sebab itu jugalah aku mula belajar mengawal diri daripada cepat marah (panas baran). Pada petang itu, aku tidak dapat mengikuti aktiviti seterusnya dan terpaksa rehat di dalam khemah. Tidak dinafikan aku agak terkilan dan sedih kerana tidak dapat mengikuti aktiviti seterusnya bersama rakan-rakan yang lain. Tentu mereka seronok. Syukur la aku tidak keseorangan kerana rakanku iaitu Mala juga turut tidak sihat dan berehat di dalam khemah. Kami tidur dengan begitu nyenyak sekali walaupun ada kalanya aku terjaga dari tidur kerana terdengar 'alunan muzik' darinya. Rasanya harimau nak lalu pun akan berfikir berulang kali. Hehehe...Aku hanya mampu mengukir sedikit senyuman kerana aku tahu beliau juga dalam keadaan sakit yang teruk dan perlukan rehat yang banyak.

17hb Ogos 2009
Aktiviti di pagi hari adalah berkayak dan snorkling. Seperti biasa, pelajar e-PJJ dan PLK-PDRM bersiap-sedia untuk memulakan aktiviti kayak. Selepas mendengar sedikit taklimat daripada instructor, kami menaiki kayak mengelilingi Pulau Kapas beramai-ramai. Aku dan Wan menaiki kayak yang sama. Menyedari aku kidal dan kurang menggunakan tangan kanan, Wan memberi petunjuk dengan memberi arahan 'step' supaya kami sama-sama dapat berkayak. Dengan bantuan dan tunjuk ajarnya itu, aku dapat berkayak walaupun ada kalanya tangan kananku menjadi kebas. Sesekali Wan menyuruh aku berehat dan aku akur, kerana selepas itu gilirannya pula yang akan berehat nanti. Begitulah rentak kami semasa berkayak sehinggalah kami semua sampai di tasik rakit dan membuat snorkling di sana.

Sebelum membuat snorkling, lecturer yang kami kasihi iaitu En. Hisham Che Mat telah memberi sedikit taklimat tentang snorkling. Selepas taklimat, kami memulakan aktiviti snorkling bersama partner masing-masing. Aku dan Wan membuat snorkling bersama-sama dan aku terpaksa memegang tangannya kerana aku tidak mahir berenang. Dengan bantuan Wan, aku dapat melakukan snorkling dan menikmati keindahan alam di dalam laut. Inilah kali pertama aku melakukan snorkling dan begitu gembira kerana dapat peluang melihat keindahan dan pelbagai jenis hidupan laut di dalam laut itu sendiri. Selepas beberapa lama kami membuat snorkling, kami balik semula ke tepi dan memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain untuk membuat snorkling. Aku agak geli hati melihat gelagat Ros apabila menyedari beliau berenang dengan begitu cepat. Pergi snorkling tak sampai 10minit pun. Apabila ditanya kenapa balik cepat, ada ke patut dia jawab ada ulat kat dasar laut. Ulat? Bila masa ulat tinggal dalam laut?? Rupa-rupanya ulat tu adalah gamat yang dia nampak di dasar laut dan membuatkannya balik dengan kadar segera. Aku hanya tersenyum kerana terlalu geli hati.(Minta maaf Ros ya). Setelah beberapa lama kami berada di Tasik Rakit, kami meneruskan perjalanan kayak dan berhenti seketika di pantai sebelah bagi merehatkan diri disana. Kami bersuka ria sambil mengusik sesama sendiri. Aku tambah geli hati dan ketawa melihat gelagat rakanku Khairul, seorang peninju PDRM yang mukanya boleh dikategorikan brutal tetapi geli dengan GAMAT! Kantoi! Semua gelak kerana tidak tahan melihat gelagatnya yang penggeli gamat. Disebabkan gelagatnya itu, aku mendapat idea dengan memanggilnya Si Gamat. Hehehehe..tak sangka ada juga lelaki brutal yang takutkan gamat.

Selepas berehat seketika, kami meneruskan perjalanan dan sampai di suatu kawasan (laut), kami berhenti dan berkumpul. Tibalah masanya kami melakukan 'capsize'. Sebaik sahaja instructor memberi taklimat dan arahan, kami semua melakukan capsize dan dalam temph 8 minit, kami dikehendaki menaiki semula kayak dan berkumpul. Alangkah kecewanya apabila ada diantara kami gagal menaiki kayak dan berkumpul dalam masa yang ditetapkan, lalu kami terpaksa melakukannya buat kali kedua. Pada masa itu, kami cukup berhati-hati dan berusaha melakukan yang terbaik dan akhirnya kami semua berjaya! Pada masa itu, aku tersenyum puas kerana berjaya melakukannya walaupun masih dalam keadaan kurang sihat. Selepas berjaya melakukan capsize, kami semua berkayak balik semula ke tapak perkhemahan.

Aktiviti seterusnya dilakukan pada jam l/kurang 1700hrs, dimana kami dikehendaki melakukan aktiviti 'survival'. Aktiviti ini memerlukan kami bermalam di dalam hutan. Berbekalkan dengan sedikit makanan asas dan 5 batang mancis, setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 orang bermalam di dalam hutan. Aku bersama kumpulan aku iaitu kak Zarina, Wan dan Jo ditempat disuatu tempat di dalam hutan. Kami kemudian membersihkan kawasan tersebut dan mendirikan khemah disana. Kami juga menyalakan unggun api dan masak makanan. Kami berkongsi nasi dan dua biji telur sebagai makan malam. Ketika itu, aku teringat akan pengalamanku semasa berkhidmat di dalam pasukan tentera simpanan. Ianya hampir sama cuma bezanya adalah makanan yang dibekalkan adalah cukup dan masing-masing membawa senjataapi (M16) dan sebilah pisau rambo. Menjelang tengah malam, aku menyedari ada seseorang datang menuju ke khemah. Pada mulanya aku sangkakan En. Hisham yang datang kerana ternampak seperti orang menyuluh kearah khemah kami tetapi setelah aku beritahu Wan dan Wan menyuruh aku agar jangan menegur'nya', baru aku sedari 'ia' bukan En. Hisham dan aku terus mendiamkan diri. Tidak lama selepas itu, aku ternampak pula kelibat orang lalu di depan khemah dan terdengar bunyi ranting kayu dipijak. Sekali lagi aku memberitahu kepada kak Zarina dan beliau juga menyuruhku supaya jangan tegur. Aku menjadi tidak sedap hati lalu mengambil keputusan untuk tidur. Semasa tidur, telinga ku diusik dan aku sangkakan kak Zarina yang mengusikku lalu aku bangun dari tidur, ternyata beliau sedang tidur. Aku juga terdengar wisel PFD seperti dimainkan dan aku beranikan diri untuk melihat siapa yang melakukannya. Cuma nampak seperti bayang-bayang. Tidak lama selepas itu, keadaan sekeliling menjadi 'tidak menentu' dan aku cuba untuk bertenang. Kehadiran 'pelawat' yang tidak diundang menjadi satu cabaran kepada ku pada malam itu dan hanya Tuhan sajalah yag tahu macammana perasaan ku pada masa itu. Sampai ke tahap ingin saja aku menjerit, bukan kerana takut tetapi perasaan marah timbul kerana 'diganggu' sehingga tidak dapat tidur dengan lena dan stress. Biasalah dalam hutan, macam-macam boleh berlaku. Aku ingatkan aku seorang saja yang 'terkena', rupa-rupanya kawan-kawanku juga turut merasai 'kehadiran' tetamu yang tidak diundang itu. Tidak cukup dengan itu, binatang seperti burung, tikus, dan biawak juga datang 'melawat' kami. Bayangkan tikus tu buat muka selamba bodoh tengok mukaku apabila aku menyuluh mukanya. Macam la dah lama kenal. Masing-masing tidak berganjak dan saling merenung. Ikutkan hati, nak saja aku terkam tikus tu tetapi kak Zarina menegurku supaya biarkan saja tikus tersebut. Tidak lama selepas itu, 2 pasang burung pula datang dan 'menari-nari' bersama pasangannya di depan kami. Tetapi apapun yang berlaku, kami bersyukur kepada Tuhan kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap kami. (Cerita ini bukanlah rekaan semata-mata atau mahu menakutkan atau melemahkan sesiapa tetapi kejadian ini sebagai suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Suatu kejadian yang cukup menguji kami yang mengalaminya dan membuatkan kami sentiasa mengingati Tuhan dan hanya Dia-lah yang berkuasa diatas segala-galanya).

18hb Ogos 2009
Kami masih berada di dalam hutan sehingga pada jam 1700hrs. Nampak gaya kami telah bermalam didalam hutan selama 24 jam! Pelbagai rintangan dan dugaan yang kami tempuhi sepanjang berada di dalam hutan. Tiba masa untuk balik semula ke khemah dan pada masa itu, aku menjadi semakin tidak sihat. Mungkin kerana tidak cukup tidur dan tidak bersarapan pagi. Aku cuba bangun tetapi penglihatanku menjadi semakin kabur dan gelap. Aku cuba gagahi bangun juga dan berjalan keluar dengan kak Zarina. Setelah semua kumpulan berkumpul, kami diberi taklimat terakhir mengenai survivor daripada instructor sebelum bergerak balik ke khemah. Dengan bantuan kak Zarina, aku berjalan perlahan-lahan bersamanya sehingga ke khemah dan aku tersungkur semasa sudah hampir di kem tersebut. Aku cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya dan aku terpaksa baring. Dengan bantuan En. Hisham, kak Zarina dan seorang pelajar sepenuh masa, aku merehatkan diri di dalam khemah besar. Dalam keadaan aku kurang bermaya pada masa itu, kak Zarina pula menyuapkan aku bubur dan minum air. Aku dapat rasakan rakan-rakanku yang lain membawa makanan (bubur) dan makan beramai-ramai di khemah besar dimana aku terbaring disitu. Aku tidak tahu samada mereka memang mahu makan beramai-ramai disana atau atas arahan ataupun pada masa yang sama menemani aku. Tetapi yang pasti, aku dapat rasakan suasana 'keluarga' bersama mereka. Tanpa disedari, aku sebenarnya mengalirkan air mata walaupun aku ni jenis orang yang sukar untuk menangis.

Setelah cukup rehat dan terlelap di dalam khemah besar itu, aku terbangun dan menuju ke khemah tempat aku berehat bersama rakan yang lain. Oleh kerana aku berasa kurang selesa, aku terus pergi mandi sebelum sambung rehat. Sebaik saja mandi, aku balik semula ke khemah dan pada masa itu Mala menyuruh aku supaya makan bubur. Aku beritahu yang aku dah makan tetapi beliau tetap suruh aku memakan bubur yang telah siap dihidang untukku di dalam khemah. Untuk tidak mengecewakan kawan, aku memakan bubur tersebut walaupun ketika itu tekak ku terasa kering dan teringin nak muntah. Selesai makan, aku terus baring kerana sakit kepala. Tiba-tiba Atikah datang dan menanyakan samada aku telah habiskan bubur ke tak dan aku jawab 'dah makan' (tak habis makan punya pasal). Beliau kemudian menyuruh aku berehat sehingga keadaan aku OK. Aku hanya akur dengan nasihatnya dan terus baring sehingga tertidur. Sebaik saja aku bangun, aku terus menuju ke dapur kerana terasa bosan duduk seorang diri di dalam khemah. Ingatkan boleh la nak menolong apa-apa yang patut kat dapur, tetapi kena 'halau' pula oleh kawan-kawan yang lain. Aku jadi kebingungan. Apasal pula halau aku ni? Rupa-rupanya diorang nak aku rehat dan masing-masing taknak aku buat kerja. Aku buat muka masam dan bagitahu nak tolong tapi cik Fauzi pula hulur buah oren suruh aku makan. Apa lagi, ngap je la. Bila masing-masing buat kerja, aku jadi segan dan bosan sebab aku tak tahu nak buat apa. Atoi (Shariffah) dan kak Zarina yang nampak aku terus suruh aku balik ke khemah rehat. Memandangkan diorang tak bagi aku buat kerja dan nampak pula seorang 'mamat' tu 'lain macam' sikit (masak BBQ udang 2 ekor, lepas tu ambil sendiri makan sorang2 sambil tersengih tengok muka aku, macam lah muka aku ni macam muka udang), aku terus angkat kaki balik ke khemah untuk rehat.

19hb Ogos 2009
Awal pagi lagi aku dan kawan-kawan yang lain bangun untuk kemas barang dan siapkan diri kerana pada hari ini kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur setelah 'berhempas pulas' mengikuti segala program dan aktiviti ekspidisi FSSR. Kami bergotong-royong mengemas dan membersihkan kawasan perkhemahan sebelum meninggalkan Pulau Kapas. Sepanjang berada di Pulau Kapas, aku dapat merasakan pahit-manis, suka-duka dan segala pengalaman dan memori diperolehi disini. Aku berasa puas kerana dapat menyertai aktiviti Explore Kapas Experience Challenge 2009 bersama rakan-rakan yang lain. Tidak kurang juga aku agak terkilan kerana ada aktiviti yang aku tidak dapat sertai bersama kerana keadaan kesihatan aku yang agak terjejas sedikit. Namun demikian, aku tetap bersyukur dan rasa bertuah kerana dapat melihat dan merasai keakraban diantara rakan-rakan seperti sebuah keluarga terutamanya dari e-PJJ dan PLK-PDRM (khasnya yang tinggal bersama dalam satu khemah dan satu kumpulan) yang banyak membantuku ketika aku dalam keadaan tidak mengizinkan (kurang sihat). Tanpa bantuan dan nasihat mereka, aku mungkin tidak dapat meneruskan aktiviti yang lain bersama-sama dengan mereka. Jika diberi peluang sekali lagi, aku mahu melakukan aktiviti seumpama ini bersama-sama mereka dari awal sehingga akhir!!


NOTA: Coretan ini berdasarkan pengalaman sebenar yang aku lalui semasa menyertai ekspidisi EXPLORE KAPAS EXPERIENCE CHALLLENGE 2009 anjuran Bachelor Of Sport Management (Hons) SR221/3 dan Diploma In Sport Studies SR113 (e-PJJ @ PLK-PDRM). Sekiranya ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan mana-mana pihak, sepuluh jari disusun mohon kemaafan. Ini adalah sekadar pengalaman yang ingin aku kongsi bersama.