Saturday, September 5, 2009

Tingginya bangunan...

05hb Sept 2009 @ 0800hrs

Mak ai!! Tingginya bangunan..aktiviti abseiling bermula seawal jam 8.00pagi sedangkan aku telah sampai di UiTM awal sebelum itu. Apa tidaknya, aku tidak dapat tidur gara-gara asyik teringat tentang aktiviti abseiling ini. Semua pelajar PLK-PDRM termasuk dua pelajar ePJJ turut serta dalam menjayakan aktiviti ini. Kami dikehendaki melakukan abseiling dari tingkat 11 bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam. Sebaik sahaja tiba diatas, beberapa orang pelajar full-time FSSR juga berada di tingkat 11. Mereka ini datang sebagai pembantu pensyarah bagi melakukan aktiviti abseiling tersebut. Sempat juga la aku dan kawan-kawan menjenguk ke bawah dan...GLUPP!! Tingginya nak buat abseiling ni, kata aku di dalam hati. Melihat riak wajah masing-masing, ternyata ramai diantara kami juga agak gementar. Maklumlah, ini kali pertama kami melakukan abseiling.

Sebelum meneruskan abseiling tersebut, pensyarah kami yang dikasihi iaitu En. Hisham memberi taklimat mengenai peralatan-peralatan yang akan digunakan semasa melakukan aktiviti tersebut. Para pelajar full-time juga kelihatan sibuk menyiapkan peralatan-peralatan yang lain terutamanya tali-tali untuk digunakan nanti. Selepas itu, kami melakukan senaman strecthing sebelum memulakan abseiling. Pada masa itu, aku berfikir macammana la nak turun nanti. Dapat kah aku melakukannya? Macam-macam persoalan bermain di fikiran aku pada masa itu. Seram sejuk, sakit kepala tiba-tiba..semua ada. Apabila melihat salah seorang pelajar full-time membuat demo abseiling, kami ramai-ramai terus melihat cara-cara beliau melakukan abseiling tersebut. Pada masa itu, aku agak tergamam seketika melihat pelajar sekecil itu dengan selambanya memanjat besi dan terus berada di tengah-tengah 'badan' bangunan, bersedia untuk turun. Malah beliau sempat senyum sebelum meneruskan aktiviti extrem ini. Pada mulanya aku agak seronok melihatnya melakukan abseiling tanpa sebarang masalah tetapi di saat beliau mula 'bergoyang' ke kiri dan ke kanan, membuatkan aku tergamam lagi.' Alamak, habislah kali ini. Ni confirm aku lagi teruk nanti.' kataku dalam hati. Mana kan tidak, aku pun badan kecil juga. Tentu aku juga akan bergoyang jauh lagi teruk darinya kerana aku tidak mempunyai sebarang pengalaman! Alahai, habis la..habis la..

Melihat rakan-rakanku turun seorang demi seorang, aku pula mengambil masa untuk menenangkan fikiran. Bukan apa, aku terkejut dan melihat keadaan dan reaksi mereka yang pelbagai membuatkan aku berfikir..adakah aku akan selamat?? Walaupun pensyarah telah meyakinkan kami bahawa aktiviti abseiling ini selamat dilakukan kerana dipantau dan dibantu oleh para pelajar full-time yang berpengalaman, tetapi aku tetap tidak senang duduk. Aku tidak pernah berkeadaan sebegini walaupun pada waktu kecil dulu, aku begitu aktif dan lasak bermain panjat-panjat pokok dengan sepupu-sepupu lelaki. Aku melihat setiap wajah rakan-rakan ku, rata-rata kami telah menunjukkan perasaan gemuruh kami kepada pensyarah dan para pelajar full-time yang lain. Ye la, tengok muka mereka pun dah tersenyum-senyum melihat gelagat kami, lebih-lebih lagi rakan kami Mala lagi gemuruh. Apa lagi, macam-macam perangai dia buat termasuk la lawak bodoh..saja nak menceriakan suasana. Aku faham perasaan tu..hehehe..Alahai, bila la tiba giliran aku ni..

(bersambung...)

7 comments:

  1. Tahniah erk!
    saya xpnah trun lg kat situ...
    da 4thn kat uitm ni xsempat nak trun...
    asyik trunkan org jer...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Tahniah akhirnya U berjaya mengawal high and low blood pressure tu ya. Lain kali boleh le ajak abseiling tingkat lebih tinggi lagi. KLCC ke ?

    ReplyDelete
  3. Thanks ajor87NF..

    Michelle..thanks alot kerana anda semua banyak membantu..memang dah kena 'serang' tadi tapi buat bodoh je, taknak ia menjadi penghalang..tapi bila dah cuba kali pertama tadi, rasa seronok pula..need some more guidence and experience..mungkin Michelle boleh bantu..??

    ReplyDelete
  4. Kak, FSR je kak... FSSR tu fakulti lain..congrats sbb dah berjaya!

    ReplyDelete
  5. Apize
    ye ke? tak tau la pula FSSR tu fakulti lain. Apa pun sy ucapkan terima kasih kerana mengingatkan sy..

    ReplyDelete
  6. Terbaik la kak..
    say no fear of 'Acrophobia'..hu2

    Cheers kak..

    ReplyDelete