Saturday, September 5, 2009

Tak Keruan...

Tidur tak lena, makan banyak, baca nota tak masuk kepala, tengok tv hati tak senang. Itulah yang terjadi pada diri ku pada pagi ini. Bayangkan la sehingga jarum jam menunjukkan 5.30 pagi, aku masih gagal melelapkan mata. Minum air milo berulang kali pun mata ku tetap segar. Apa taknya, asyik teringat pasal abseiling..hahaha..

Oleh kerana aku tidak dapat tidur, aku melayari internet dan mencari maklumat lanjut mengenai abseiling. Dalam kekhusyukan aku membaca artikel mengenai abseiling, sesekali aku rasa sudah tidak sabar mahu melakukannya..dan sesekali aku menjadi tiba-tiba seram kerana tahap keselamatan abseiling. Bukan mahu mempertikaikannya, tetapi macam-macam yang telah aku bayangkan. Apakah perasaan nanti semasa melakukan aktiviti abseiling ini nanti?? Apakah yang akan terjadi? Selamat kah aku? Boleh kah aku melakukannya??...Aduh, macam-macam persoalan yang timbul. Semakin aku memikirkan dari sudut positif, aku pasti akan tersenyum tetapi apabila aku memikirkan dari sudut negatif, aku mula susah hati. Aduh, apa nak buat ni?? Sehingga jam menunjukkan 6.30pagi, aku masih lagi tidak tidur tetapi sudah ada tanda-tanda mengantuk pula. Aisey, mana boleh tidur? Kan kena pergi abseiling..Alamak!! Masanya telah tiba..lalu aku terus pergi mandi untuk menyegarkan badan. Selepas bersiap, aku melangkah keluar dari rumah dan menuju ke sebuah kedai restoran mamak yang terletak tidak jauh dari rumahku untuk bersarapan pagi. Tepat jam 7.30pagi, aku telahpun berada di UiTM dan sempat melelapkan mata untuk seketika. Tidak lama selepas itu, aku bersama-sama dengan rakan-rakan PLK-PDRM yang telah berkumpul bersama menuju ke tingkat 11 bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam untuk memulakan pengalaman kami dalam dunia abseiling! Alahai..

6 comments:

  1. Hai, tak keruan lagi.....bila lagi nak tenteram. Kita kan kuat, mana ada sifat macam tu....nampak gayanya tak bolehlah pergi ke outdoor program lagi. Kena pergi motivation camp lah pulak untuk mantapkan jati diri...applied application form cepat sikit. Pasal lepas ni saya akan ambil alih program tersebut. saya ada cara supaya rasa tak keruan anda boleh diubati. TQ

    ReplyDelete
  2. Bro cakap senang la..kan first time buat aktiviti abseiling ni..bukan setakat nak fikirkan pasal aktiviti je, keselamatan pun kena ingat..walaupun dah dimaklumkan memang selamat untuk melakukannya..malang tak berbau je..

    Tak semestinya tak keruan bermakna tak boleh buat outdoor program. Kita cuma manusia biasa, punyai perasaan..tipu lah kalau kata tak gementar..tengok awak pun ke hulur ke hilir, siap berpeluh-peluh lagi..bukannya angkat berat ke apa ke..nak kata panas terik, bukannya tnghari buat aktiviti tu..keadaan cuaca pun bukannya panas sangat..

    Awak memang nampak cool je tapi dalam hati siapa yang tahu..kut-ut jantung tu berdegup kencang gak..So, awak pun kena apply application gak..

    Tak semestinya bila tak keruan, kita pun lemah. Ada masanya sifat tak keruan tu datang bila masa-masa tertentu, contohnya nak melakukan aktiviti abseiling ni buat kali pertama. Tipu la kalau kata awak sendiri tak fikir macam2 kalau buat 1st time..lain la kalau dah banyak kali buat, banyak pengalaman. Tak akan fikir atau berperasaan macam2..

    Sifat manusia pelbagai..yang kecil tak semestinya lemah dan yang besar tak semestinya kuat dan gagah. Fikir2kan la..

    ReplyDelete
  3. aik...marah ke? i am sorry...nampaknya i yang kena pergi motivation camp...hwa hwa hwa

    ReplyDelete
  4. Tak marah..
    Comment jer..relax la bro..
    Biasalah..

    ReplyDelete
  5. Tak marah tak pe, wa nak komen lagi,he he he

    ReplyDelete
  6. Teruskan niat anda..
    komen dibalas komen..!!

    ReplyDelete